Sebagai guru, seseorang itu haruslah kreatif untuk menimbulkan keseronokan ketika pembelajaran. Selain membaca dan menulis, melukis juga antara pembelajaran yang sangat disukai murid.

Menerusinya, minda murid akan lebih terbuka pada saat, mereka berkarya melalui lukisan. Barulah semua murid suka belajar dan rajin ke kelas.

Sepertimana yang dilakukan oleh Guru Bahasa Inggeris, SK Long Sukang Lawas, Sarawak, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli ini.

Menariknya, usaha guru ini yang meminta murid-muridnya melukis dan melabel bahagian-bahagian tubuh pada ikan jerung, jadi sebaliknya pula…

Gara-gara tindakan salah seorang murid, Alvis Udan yang melukis gambar jerung dengan imaginasinya yang tersendiri, telah menarik perhatian netizen.

“The shark I drew vs the shark he drew. Mind blown” - Cikgu Muhammad Nazmi

Ikuti perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi

“Nama murid ini adalah Alvis Udan. Murid Tahun Tiga di SK Long Sukang, Lawas Sarawak. Kebiasaannya selepas membuat aktiviti bermain dengan perbendahraan kata, saya akan minta melukis dan melabel.

"Saya Alvis"

"Kali ni saya minta mereka melabel bahagian-bahagian tubuh pada badan ikan jerung. Saya lukis ringkas sahaja, jadi murid  tiada masalah untuk menyalin semula Shark yang saya lukis di depan.

“Tapi Alvis buat lagi dasyat. Dia buat dari perspektif lain. Betul-betul di luar kotak fikiran… bila saya tengok lukisannya, nak gelak pun ada. Tapi saya banggalah, dia boleh berfikir sejauh itu.

Lukisan Cikgu Nazmi

Lukisan Alvis

Lukisan tersebut menunjukkan seorang budak lelaki bernama Jerry telah ditelan oleh seekor jerung bermulut besar.

Tapi… Siapakah JERRY?

“Jerry adalah sahabat sekelas Alvin. Dia memang suka mengusik. Pernah juga gaduh-gaduh kecil, tapi biasalah, gaduh budak-budak.

"Sayalah Jerry"

"Selepas tu berbaiklah mereka. Alvis ni pula memang kreatif dan memang pandai lukis. Jika bosan-bosan dia akan buat doodle kat mana-mana,”katanya.

Artikel menarik

'Ayah meninggal kat rumah pengasuh...' - jawapan murid Tahun Satu buat cikgu pening

Ulang alik 340 km sehari, pernah bertembung haiwan liar namun demi anak bangsa, guru ini cekal

Kekok guna penyepit, Cikgu Cina ini lebih selesa makan pakai tangan