Meremang dengar paduan suara dua guru SK Dato’ Idris, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Kemerduan dan kemantapan suara Cikgu Gja dan Teacher Dian  menyanyikan lagu ‘Menghitung Hari’ di aplikasi Smule memang tak dinafikan lagi. 

Didatangkan dengan pakej, rupa cantik dan suara merdu bagaikan seorang artis profesional, suara dua guru ini sentiasa menambat hati sesiapa yang mendengar.   

Bercakap kepada GPSBestari, selain mengajar di sekolah yang sama, kedua rakan karib ini juga turut mempunyai hobi yang sama iaitu menyanyi.

Menurut Cikgu Gja atau nama sebenar beliau, Nor Azizah Abd Aziz, minatnya dalam bidang nyanyian sudah lama. Bahkan beberapa kali juga beliau mencuba nasib dalam pertandingan

“Menyanyi memang antara hobi saya pada masa lapang. Pernah juga masuk beberapa pertandingan nyanyian tapi tidaklah secara serius.

“Saya rapat dengan Teacher Dian pun semenjak beliau berpindah ke sekolah saya pada Januari 2018. Tambahan pula kami mempunyai minat yang sama dan satu kepala. Memang cepat serasilah.

“Selalunya kami berduet sama ada melalui aplikasi Smule, majlis di sekolah atau bila-bila masa sahaja, jika ada peluang. Guru-guru lain pun sokong dan tiada masalah dengan hobi kami ni,” ujar guru subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik ini.

Sementara itu, Teacher Herdiana Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Dian pula menjelaskan, menyanyi adalah sekadar suka-suka.

Kata Guru subjek bahasa Inglish dan Matematik ini, beliau tidak pernah pula terfikir untuk menyanyi secara serius apatah lagi mencuba nasib dalam mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya hanya menyanyi pada masa lapang sahaja, sama ada menyanyi sendiri ataupun berduet dengan Cikgu Gja,”jelasnya.

Ditanya tentang video duet beliau dengan penyanyi terkenal Khai Bahar dan Siti Nordiana di aplikasi Smule, guru asal   Teluk Intan, Perak ini menjelaskan, ia merupakan kenangan manis yang cukup terindah baginya.

“Saya memang tak sangka dapat berduet dengan penyanyi terkenal Khai Bahar dan Siti Nordiana. Tambahan pula, saya memang peminat setia kedua penyanyi ini,”katanya.

Artikel Menarik:

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019