Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga, Pulau Pinang, Faridah Hussain terhadap warga sekolahnya yea, hingga disenangi oleh semua guru dan pelajar sekolah itu.

Dikatakan, beliau sering ‘dicari kelibatnya’ jika tiada di sekolah.

Jika beliau bercuti, sekolah pula menjadi sunyi.

Sampai begitu sekali, sayangnya warga SMK Tanjong Bunga kepada beliau.

Ketua Guru Disiplin, Cikgu Mohd Farazi Ab Razak berkata, Cikgu Faridah adalah insan yang cukup istimewa.

“Sukarnya mencari seperti beliau. Mungkin kehadirannya satu dalam sejuta,” jujur kata Cikgu Mohd Farazi merangkap Guru Subjek Geografi sekolah itu.

Mari ikuti luahan ikhlas guru ini menerusi akaun facebook baru-baru ini.  

Cikgu Mohd Farazi pernah tular melalui artikel 'Kenapa tak beritahu cikgu? Kan dah pesan...tak de duit cakap, cikgu boleh bagi' - Warganet sebak

**********

Ibu dan Jeneral.

Ini Hajah Faridah binti Hussain, pengetua sekolah kami, SMK Tanjong Bunga Pulau Pinang.

Hari ini aku nak cerita kenapa kami seronok sepanjang bekerja dengannya. Ya, dia lain dari yang lain. Dia tak jadi pengetua tapi jadi bonda dan kakak yang memimpin anak-anak dan adik-adiknya. Hasilnya kami bekerja tanpa ada tekanan atau rasa terpaksa hingga dapat beberapa kejayaan di luar jangkaan untuk sekolah biasa macam kami ni.

Dalam lembut dan lawak ada tegasnya, kalau dia marah memang menyeramkan, aku antara beberapa orang guru yang pernah dimarahnya, dia marah sebab dia tak nak aku dan yang lain buat silap yang mana pihak luar boleh nampak.

Ya! Dia pembela kami, saat pihak luar dan ibu bapa datang menyerang dialah paling hadapan membela. Memang nampak dia persis Tun Teja menempelak musuh.

Turun padang

Dia bukan sekadar turun padang mengikut simpulan bahasa, memang dia betul-betul turun padang menunjuk contoh, ya, dia seorang perempuan tapi kegagahannya belum tentu lelaki dapat tandingi.

Bab sukan memang kepakaran dia. Jika seorang Ketua Pentadbir sendiri yang ada bersama di padang dan lapangan malulah kami yang masih segar mengelak penuh alasan.

Dia sendiri tawarkan diri untuk mengajar Tingkatan Lima, dan dalam kesibukan mentadbir. Panjat flat masuk kampung jumpa pelajar itu jadi rutinnya. Sumbangan sentiasa dicari khas untuk pelajar yang kurang mampu.

Jika ada kerosakan kecil yang perlu pembaikian segera, aku tak tahu magis apa yang dia ada sekejap je dapat duit, oh ya, dia sendiri keluar dengan aku dan staf cari barang-barang keperluan untuk kami guru-guru bertukang.

Kalau kami penat di padang atau hantar pelajar bersukan pasti dia akan datang bagi kata semangat, bergurau dengan kata lucunya dan akhir sekali makan bersama kami.

Tidak kira dimana lokasi, restoran, warung, atau makanan bungkus makan bersila ramai-ramai tepi padang sekalipun. Sangat mudah orangnya.

Ibu yang menahan sakit

Rupanya dalam kesibukan, beliau pernah sakit teruk dan terpaksa membuat pembedahan, ya! Kami guru-guru terasa kehilangan beberapa bulannya bila dia bercuti, jarang lah cikgu-cikgu sedih pengetua tiada di sekolah, tapi dengan dia kami lain.

Dia betul-betul beri kami kasih sayang yang buat kami rasa dihargai.

Dalam pada sakit dia kata, dia tak risau sebab dia yakin kami mampu urus sekolah dengan baik.

Meeting kami hanya yang perlu sahaja dan takkan meleret panjang. Sabtu sebolehnya tidak diganggu dan jika Hajah Faridah hubungi kami waktu cuti pasti ayat pertama...

“Weh, sorry ganggu hang, aku terpaksa call ni"

Ibu yang menghargai

Setiap masa jika ada ruang, dia akan buat majlis makan-makan. Kadang-kadang majlis tanpa nama sekadar nak pastikan guru-guru gembira dan tenang makan bersama.

Jika ada guru-gurunya menerima anugerah atau mendapat pencapaian dalam pendidikan sarjana, pasti ada sambutan akan dibuat.

Dia suka bawa guru berjalan melancong, katanya...

“Aku dah tekan hangpa beberapa bulan ni, jom kita melancong"

Ibu yang menjaga kebajikan guru staff dan anak muridnya

Berita malang menimpa anak murid sekolahnya pasti dia akan atur untuk berjumpa dan walaupun tak sempat, pasti kami akan dihantar untuk melihat apa yang boleh dibantu.

Kami guru-guru juga sama, jika ada kecemasan melibatkan keluarga segera dia suruh balik dan cuti boleh dimohon dengan mudah.

Aku ingat kata-katanya...bila aku nak minta balik awal sikit nanti sebab anak demam, tapi dia suruh balik terus...

“Hang urus anak dan keluarga dulu jika keluarga ditimpa masalah hangpa takkan dapat kerja dengan baik.”

Ada satu lagi, ketika aku mendapat panggilan dari saudara di Pahang beritahu bapa kandung aku disyaki kena stroke.

Dalam kelas aku tinggalkan pelajar sekejap dan bergegas keluar untuk bagitau pengetua masalah aku.

Sebelum habis penerangan yabg penuh kekalutan, pengetua aku suruh aku balik segera. Aku kata ok, tapi aku nak tinggalkan sikit kerja untuk pelajar aku. Dia kata takpe balik je dulu, urus yang penting dahulu, keluarga sendiri lagi penting.

Sememangnya Cikgu Faridah sangat pentingkan hubungan kekeluargaan kami guru-guru. Apa guna bekerja kalau keluarga tak bahagia, pasti mengganggu gugat kualiti kerja.

Aku kagum dengan dia. Dia bijak mengatur guru. Kena marah? Aku banyak kali juga kena marah. Pilih kasih? Langsung tak, baik puji salah ditegur.

Oh ya, bila dia cuti lama kami guru-guru tercari, tak seperti sekolah lain yang buat potluck bila pengetua atau guru besar tiada.

Kehilangan

Ya, kami guru-guru sangat terasa kehilangannya. Beliau sudah pun bertukar ke sekolah baru.

Kenangan bersamanya pasti tersemat di hati. Semoga sekolah baru menjaga Hajah sebagaimana kami menjaga hatinya.

Semoga Hajah Faridah terus sukses di tempat baru...

SMK Pondok Upeh, Pulau Pinang...tolong jaga bonda kami.

Sumber: Facebook Cikgu Farazi Razak

Artikel menarik

Tiga guru hebat yang jadi sebutan ramai tahun ini. Mari kenal mereka dengan lebih dekat

Cikgu Mie tak sangka, kerana ‘sebab ini’ murid Tahun Dua tidak lagi ke sekolah. Ramai sebak!

Pelajar kelas belakang 'Best Student SPM' dan kini bergelar profesor. Rupa-rupanya ini rahsia dia