Baru-baru ini kisah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Tasek Raban, Lenggong Perak, yang mempunyai majoriti murid Melayu, tular di media sosial.  

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Beng atau nama ringkasnya SJK(C) Khay Beng ini mempunyai 18 orang murid, 14 murid berbangsa Melayu dan selebihnya murid berbangsa Cina.

Menurut Guru Besar sekolah itu, Cikgu Cheng Ting Shyiong berkata, SJK (C) Khay Beng ini mempunyai lapan orang guru, iaitu dua guru berbangsa Melayu dan enam lagi adalah guru berbangsa Cina.

Guru Besar, Cikgu Cheng Ting Shyiong

“Kekurangan murid berbangsa Cina merupakan cabaran yang terpaksa kami lalui, namun ia bukan faktor penghalang untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab dalam pendididikan.

“Bahkan saya tetap berasa kagum dan berbangga apabila murid Melayu di sekolah ini mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Cina, namun mereka perlu meningkatkan kemahiran dalam pemahaman dan juga penulisan,” katanya kepada GPSBestari.

Jelas guru subjek Matematik dan Sains ini lagi, ibu bapa dan penduduk di sekitar Tasek Raban Lenggong, Perak ini menyuaki suasana pembelajaran di sekolah ini, bahkan mereka sangat menghormati dan sentiasa memberikan kerjasama.

Guru dan murid menyambut hari raya bersama di sekolah

“Ibu bapa murid di sekolah ini juga sentiasa mengikuti perkembangan sekolah. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti di sekolah juga amat baik. Malah, saranan untuk mencapai KPI yang ditetapkan, juga disambut baik,”terang guru asal Kuala kangsar, Perak ini bersungguh-sungguh.

“Guru-guru di sekolah ini juga sentiasa memberikan bimbingan jika ada pelajar Melayu yang tidak dapat mencapai objektif dalam pembelajaran. Malah, fokus akan diberikan, sehingga murid dapat meningkatkan kemahiran mereka,”akhiri guru yang sudah 17 tahun bergelar pendidik ini.

Artikel berkaitan:

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan

Kreatifnya cikgu… kaki lima sekolah kembali ceria dengan lukisan Hip & Hop Lane

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli