Hormati Perbezaan Agama : Pengalaman Guru Semenanjung Melihat Sambutan Easter

CUTI panjang sempena Good Friday dan Easter Monday di Sarawak biasanya digunakan oleh guru-guru di pedalaman untuk keluar ke bandar atau pergi bercuti bersama keluarga di kampung atau di bandar.

Namun bagi seorang guru yang berasal dari Terengganu dan mengajar di SK Long Sepiling ini memilih untuk melihat bagaimana sambutan Hari Easter di Baram.

Cikgu Mohd Fadli Salam merupakan seorang guru dan penulis buku ingin melihat bagaimana sambutan easter atau di kenali sebagai Kebaktiau Irau Easter di SK Long Sepiling. Ternyata ia sangat meriah dengan pelbagai aktiviti, jualan amal dan berpakaian tradisi.

Sambutan kali ini lebih terasa meriah bila turut dihadiri oleh YB Datu Dr Penguang ke majlis tersebut.

Meskipun berbeza pegangan agama, pihak gereja tetap menyediakan makanan halal untuk umat Islam yang hadir di majlis tersebut.

Cikgu Mohd Fadli Salam begitu kagum melihat toleransi di Sarawak yang begitu erat dan saling hormat menghormati walaupun berbeda pegangan agama membuatkan Sarawak sangat unik dan aman harmoni.

Selain Cikgu Mohd Fadli, terdapat beberapa guru Melayu yang lain bersama-sama menghadiri majlis tersebut.

Berikut adalah catatan beliau dalam hantaran fb

- Menghormati perbezaan kepercayaan & agama -

Meriah sekali sambutan Kebaktian Irau Easter 2019 peringkat Baram Tengah yang diadakan di Kg Long Sepiling. Suasana SEPI yang menjadi kebiasaan disini berubah apabila dikunjungi lebih daripada seribu orang.

Kehadiran YB Datu Dr Penguang juga memeriahkan majlis. Walaupun berbeza agama namun pihak gereja tetap menyediakan makanan yang Halal. Terima kasih.

Begitulah perpaduan kami disini. Hidup aman tanpa mengenal perbezaan agama atau kaum. Sesuatu yang istimewa di bumi SARAWAK.

#goodfriday #easter #baramtengah #baram #sepilingrangers #sarawak

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis