UNTUK pengisian masa cuti sempena PKP dan PKPB ini, kebanyakan guru melakukan langkah terbaik membuat pengajaran atas talian.

Tugas mengajar memerlukan komunikasi berterusan antara guru dengan murid untuk penyampaian pengetahuan.

Namun begitu, menurut guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh, ramai di antara rakan guru mulai merungut mengenai sambutan pelajar.

Mari kita sama-sama hadam perkongsian beliau.

+++

Sebenarnya dah ada kawan-kawan guru merungut. Mereka penat-penat buat bahan, penat buat kuiz, penat bina soalan, rakam video lagi, hantar pula slide dalam Google Classroom, tapi sambutan krikkk krikkk.

Penglibatan murid cuma sekitar 30%-40% kata mereka.

Dan lebih tak best, ada mula ada yang komen,

"Aku malas dah nak buat. Alangkan bagi kerja kat group wasap pun tiada sambutan. Inikan pula kena masuk Google Classroom. Lagi murid aku lopong saja."

Juga dah mula ada alasan murid-murid mereka ramai yang tiada akses internet, tiada telefon sendiri, tidak tahu nak guna dan sebagainya membuatkan mereka tawar hati untuk terus mengajar dan berkongsi bahan melalui Google Classroom.

Kawan-kawan. Jangan patah semangat. Aku tahu sambutan kelas melalui portal online sebegini tidak mendapat sambutan hangat.

Tidak boleh salahkan murid 100% juga. Memang benar ada murid parent mereka pakai telefon biasa. Ada pula yang pakai smartphone model lama yang tak boleh nak support banyak aplikasi.

Ada pula sangat nak membantu anak, tapi telefon cuma satu sedangkan anak yang bersekolah ada 4-5 orang.

Terpaksa menunggu giliran pula. Kadang bukan mereka tidak mahu, namun ada masalah dan halangan yang mengekang.

Dan memang benar ada juga yang langsung tidak peduli pun.

Namun, walau hanya seorang murid mendapat manfaat dari perkongsian kita, itu adalah satu kejayaan sebenarnya.

Walau penglibatan tidak memberangsangkan, selagi ada murid yang belajar menggunakan apa yang kita kongsi, itu dah jadi satu jariah dari kita.

Kita teruskan sahaja berkongsi dan memuat naik bahan pembelajaran. Masa demi masa, angka penglibatan murid pasti bertambah.

Jika kita berhenti sekarang, kita kehilangan 30%-40% murid yang benar-benar dahagakan ilmu.

Jika tidak mampu ambil semua, jangan pula tinggal semua.

Walau hanya seorang yang melibatkan diri, terus sahaja berkongsi.

Ini tugas kita. Ini pekerjaan kita. Kita laksanakan tanggungjawab kita dahulu, selebihnya berdoa saja agar murid yang sengaja abaikan hal ini terbuka hati untuk belajar dan menimba ilmu.

Terus kuat dan bersemangat kawan-kawan. Pasti akan ada peningkatan. Yakinlah!

#StayAtHome

#MFS

Sumber : Cikgu Mohd Fadli Salleh

 

+++

INFO:

Cikgu Mohd Fadli juga merupakan seorang guru yang aktif menjalankan kerja-kerja sosial membantu murid miskin, asnaf dan keluarga/orang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian di:

No acc : 564221646925

Bank : Maybank.

Nama : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain