SEBAK perkongsian Ustazah Maryam Muaz dari Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan ini.

Beliau yang memuat naik status di facebook Maryam Muaz, 15 September lalu, berkenaan kisah pelajarnya yang bangun pada jam 4 pagi, setiap hari, cukup meruntun perasaan.

"Saya harap, kisah pelajar Tingkatan Dua Ibnu Khaldun, Maahad Saniah ini, dapat dijadikan pedoman buat semua," katanya kepada GPS Bestari.

**********

"Bagus lah awak hari ni segar jer mata...tido awal yea”

Angguk.

"Jam berapa?

"Kul 2 ustazah"

Dalam hati saya, kalau lewat tak tau lah kul berapa ye...tanya sebabnya antara perkara ajaib lah di kelas tu kalau tengok budak sorang ni segar.

 

Tengok pulak budak depan ustazah...

"Awak pulak tidur kul berapa?

Budak ni sentiasa fresh dan antara yang menyejukkan hati.

"Saya lepas solat Isyak kalau takde apa-apa saya terus tidur ustazah"

"Ooo bagusnya...bangun pukul berapa...” sibuk ustazahnya nak tau.

"Pukul 4 pagi biasanya saya bangun ustazah...siapkan sarapan untuk saya sendiri sebelum pergi sekolah," terkesima ustazah.

Ustazah tau yang budak ni duk dengan nenek sebab mak ayahnya mahu anaknya sekolah agama kat sini...mak ayah duk KL loghat KL nya pun masih pekat.

Sebahagian pelajar Tingkatan Dua Ibnu Khaldun bersama Ustazah Maryam, ketika sambutan Hari Raya, baru-baru ini.

"Oo...nenek awak tak masak ea...masak untuk nenek sekali ke," ustazah senyum-senyum.

"Taklah ustazah untuk saya jer yang simple-simple.

"Dah tu nape awal sangat...mesti banyak lagi masa lepas tu..."

"Saya dah biasa ustazah sejak tahun lepas. Nenek pun bangun awal dia tahajud semua tu..."

"Dah awak tahajud tak?

"Ye ustazah. Lepas siapkan semua saya ikutlah nenek. Nenek ajak solat n baca al-Quran sikit-sikit"

 

Masya-Allah. Hebatnya kau dik...ustazah pun tak mampu.

"Dah kalau cuti-cuti, awak kat KL bangun awal gitu jugak ke?

"Ye ustazah...tapi saya sorang jer la buat kat KL. Mak ayah biasanya tiap malam Jumaat kami baca Yasin sama-sama"

"Bagusnya awak...semoga istiqamah. Ustazah percaya kalau awak istiqamah dengan amalan ni awak akan jadi orang hebat suatu hari nanti...insya-Allah.."

"Terima kasih ustazah doakan saya".

"Adik-adik awak mesti baik cam abangnya jugak kan,"...ustazah tak habis lagi nak korek rahsia anak sulong ni

"Ustazah jangan pandang orang melalui luaran je tau," dengan rendah diri di tuturnya ayat itu. Nampak dia segan bila tengok ustazah mula kagum dengannya.

 

Tiba-tiba...

"Ustazah...saya cabar ustazah buat istiqamah dalam masa sebulan. Kalau ustazah berjaya, saya doakan ustazah berjaya bahagia dunia dan akhirat..." dengan tenang di tuturnya ayat tu tersusun seperti selalu.

Aduhh sentap ustazahnya!

"Insya-Allah ustazah cuba. Doakan ustazah ye"

Allah...tenangnya wajah yang cita-citanya nak jadi doktor ni.

 

"Awak...terima kasih. Nanti ustazah share dengan yang lain ye"

"Ala ustazah janganlah...malu sy..."

"Takpe-takpe ustazah tak cakap la nama"

"Emm ok la ustazah..." tersipu-sipu dia.

Dalam hati terima kasih Ya Allah kau didikku melalui anak didikku sendiri. Doakan anak baik ini berjaya dan begitu juga semua rakannya...yang kerap kali menjentik hati guru-guru dengan pelbagai kerenah.

 

Sumber: Facebook Maryam Muaz

- Merupakan Guru Bahasa Arab di Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan

Maahad Saniah adalah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Antara perbualan yang dihantar kepada Ustazah Maryam bila menyedari ustazah ada berkecil hati dengan rakan-rakannya.

 


Pelajar baik pastinya taat pesan mak ayah.

Artikel dan Tip Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Murid tak datang duduki UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Guru boleh cuba enam tip ini untuk elak pembentangan pelajar hambar

18 tip persediaan menghadapi SPM dan STPM, yang perlu anda tahu

Sudah bersedia menghadapi SPM? Guru cemerlang ini kongsi rahsia lulus mudah subjek Matematik