“Mana buku kamu? Kalau siap bawa ke sini,” Cikgu Nurul memberi amaran.

Joyce hanya tertunduk. Bungkam tanpa berkata apa-apa.

Bagi Joyce, dia bukan tidak siapkan kerja sekolah tapi…

Beginilah kehidupan anak-anak pedalaman di Sabah.

Mereka bukan tidak siapkan kerja sekolah, tetapi mereka ada sebab tersendiri.

Cikgu Emmet menerusi akaun facebooknya berkongsi kisah menyentuh hati antara Cikgu Nurul dan Joyce.

Ikuti cerita ini…moga menjadi contoh buat anak-anak didik di luar sana untuk tetap menuntut ilmu walau dalam apa cara sekalipun.

**********

Saya titipkan kisah yang sudah beberapa tahun ini untuk tatapan kita.

Kisah ini berlaku di pedalaman Sabah di sebuah sekolah ditanah tinggi Tenom. Ianya di ceritakan oleh sahabat saya Cikgu Nurul yang kebetulan mengajar di sana.

“Cekal anak-anak di Tenom ni chor,” katanya berbahasa Perak memulakan bicara saat kami bertemu.

Pernah satu ketika dia memberikan latihan untuk dibawa ke rumah. Dia meminta murid-muridnya menyiapkan kerja rumah Matematik dan memberi tempoh sehingga keesokkan harinya supaya di hantar semula untuk semakan.

Joyce (bukan nama sebenar) salah seorang murid turut menerima latihan daripada Cikgu Nurul. Pada keesokkan harinya, Cikgu Nurul meminta semula buku latihan untuk semakan. Daripada lapan orang pelajar, hanya Joyce sahaja yang tidak menghantar.

“Mana buku kamu? tanya cikgu.

“Lupa saya bawa cikgu…tertinggal,” kata Joyce.

“Tipu dia cikgu…ada dia bawa buku,” sahut kawannya di belakang.

Joyce merenung marah pada rakannya.

“Mana buku kamu? Kalau siap bawa ke sini,” Cikgu Nurul memberi amaran.

Joyce hanya tertunduk. Bungkam tanpa berkata apa apa.

Cikgu Nurul pergi ke arah Joyce meminta buku latihan…

“Mana buku?” tanya cikgu lagi.

Joyce tunduk.

“Kamu tak siapkan kerja rumahkah?” soal Cikgu Nurul.

“Saya sudah siapkan cikgu,” jawab Joyce.

“Jadi mana buku kamu?

Joyce menyeluk begnya perlahan-lahan menyerahkan senaskah buku latihan yang agak nipis.

Cikgu Nurul mengambil buka dan menyelak sehelai demi sehelai. Agak sukar menyelaknya kerana buku itu melekat dengan kerak-kerak lilin. Buku itu ternyata agak kotor dan kusam. Tapi latihan yang diberi tetap sempurna di jawab.

Cikgu Nurul merenung Joyce. Sebelum sempat membuka mulut terdengar suara Joyce meminta maaf walaupun kepalanya masih tunduk.

“Maafkan saya, rumah saya tiada elektrik…malam tadi ada angin…jadi buku saya kotor kena lilin,” katanya.

Cikgu Nurul mengusap kepala Joyce.

“Tak apalah…yang penting kamu siapkan kerja rumah,” ujar Cikgu Nurul.

Keesokkan harinya, Cikgu Nurul menemui Joyce dan memberikan sebuah lampu cas semula.

“Lampu ini cikgu cas di sekolah. Nanti malam kalau kamu mahu buat kerja rumah kamu pasang. Esok beri semula pada cikgu untuk cas semula. Jangan guna lilin lagi tau,” kata Cikgu Nurul.

“Terima kasih Cikgu,” jawab Joyce keriangan.

Begitulah kuat dan cekalnya anak-anak pedalaman di Sabah. Tetap berusaha untuk menuntut ilmu meskipun serba kekurangan.

Terima kasih Cikgu Nurul atas jasa baikmu.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

Artikel menarik

‘Dia malu cikgu, seluar dia buruk’ – Mengalir air mata guru ini melihat pakaian muridnya

Guru-guru boleh rujuk Manual PdPR ini dalam tempoh PKPB/PKPD

Manual PdPR...Cikgu Mohd Zazali saran guru-guru baca, faham dan semak beberapa perkara