“Cikgu ni kali pertama saya jumpa burger besar. Sedapnya burger ni cikgu, besar dan berair… tak macam burger kampung yang saya biasa makan, sedapnya cikgu…. terima kasih banyak cikgu.”

Terima kasih cikgu… terima kasih cikgu.

Hati guru mana yang tak tersentuh, berulang kali kata itu dilafaz, berulang kali juga cikgu pedalaman itu angguk dengan hati yang sebak.

Pemenang Guru Adiwira PAK 21, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di SK Long Sukang, Lawas Sarawak ini berkongsi kisah itu facebook miliknya.

“Mereka tak pernah makan burger McD. Bila saya bawa mereka makan di restoren segera ni, memang nampaklah mereka teruja dan gembira,”kongsi guru  pedalaman Sarawak ini kepada GPSBestari.

Menurut Cikgu Muhammad Nazmi, sebenarnya mereka ada lawatan penanda aras di SK Kolompong, Kota Kinabalu Sabah. Terlanjur sudah berada di bandar, itulah peluang terbaik untuk bawa 18 orang murid Tahun Enam SK Long Sukang makan makanan yang tiada di kampung mereka.

“Jarak antara SK Long Sukang, Lawas dengan Kota Kinabalu, lebih kurang empat jam perjalanan. Bila dah berpeluang bawa mereka jalan keluar dari kampung, saya bawalah mereka makan di restoren makanan segera ni. Seronoklah mereka...

“Dalam ramai-ramai tu adalah juga sorang dua yang pernah makan burger ni. Cuma tumpuan saya lebih kepada beberapa pelajar yang tak pernah rasa dan jauh sekali dapat peluang untuk ke bandar.

“Sebenarnya, ni kali pertama mereka jumpa burger yang isinya tebal dan besar. Kata mereka pada saya... cikgu burger ni sedap, tebal, dan ber'air,' sedap! Terima kasih cikgu,”katanya.  

Artikel Menarik:

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

'Wah kemasnya almari kamu!' - Guru ini latih murid seawal tahun dua berdikari

Enam teknik mudah untuk pelajar skor A Matematik - Calon SPM pun boleh guna cara ini