HASILKAN mainan sendiri menerusi selipar getah yang telah lusuh dan terbuang.

Biar betul dik..

Ramai yang tak percaya..bagaimana selipar getah buruk boleh direka hingga menjadi sebuah kereta impian, jip dan van.

Jupel Batobato, pelajar Sekolah Rendah Casillon di Baco, Oriental Mindoro, Filipina, yang kini berusia 13 tahun, berjaya menghasilkan kereta impian, jip, dan van dengan kreativitinya sendiri.

Ikuti kisah Jupel Batobato atau lebih dikenali Jupel yang tular satu ketika dahulu, hanya kerana telah mereka sesuatu yang luar biasa.

**********

Jupel merupakan anak orang asli yang berasal dari suku kaum pribumi Mangyan, yang tinggal di kawasan pergunungan Mindoro.

Menerusi laman facebook yang ditulis oleh Indigenous PH, budak lelaki berusia 13 tahun ini, tinggal di sebuah komuniti miskin dan tiada kemudahan air dan elektrik.

Kerana kemiskinan, Jupel menghadapi banyak kesulitan dalam mendapatkan pendidikan termasuk terpaksa berjalan selama 20 minit dari rumahnya, yang terletak di gunung untuk ke sekolah setiap hari.

Kerana jarak perjalanan yang jauh dan jejak denai yang lasak, selipar yang dipakai Jupel hanya mampu bertahan sebulan sahaja atau kurang dari tempoh itu.

Dek kerana itu, Jupel kadang kala terpaksa berjalan dengan berkaki ayam ke sekolah kerana keluarganya tidak mampu membeli sepasang kasut atau selipar yang baru untuk Jupel.

Jupel pernah memasang impian untuk menaiki kenderaan seperti jip atau kenderaan bertiga roda lain untuk ke destinasi tertentu.

Namun, mana mungkin impian itu mampu direalisasikan dalam kehidupan Jupel.

Secara tiba-tiba, timbul idea untuk menghasilkan jip dan kenderaan yang bersesuaian apabila dia menemui selipar getah lama semasa sedang berjalan ke sekolah.

Dengan menggunakan imaginasi dan kreativitinya yang tinggi, Jupel yang berusia 11 tahun pada ketika itu kemudian membawa selipar getah yang telah dibuang pulang bersamanya ke rumah dan dia mengubahnya menjadi kereta impian, jip, dan van.

Jupel gigih hasil mainan

Di peringkat permulaan, Jupel memotong selipar getah lama dengan begitu teliti sekali.

Dia mengukir bentuk kenderaan berdasarkan apa yang diinginkan. Setelah siap, Jupel mencantumnya menjadi sebuah kenderaan.

Kadangkala, Jupel meletakkan lampu suluh atau lampu LED pada kenderaan mainannya.

Kereta dan jip mainan hasil kreativiti Jupel mungkin tidak kelihatan seperti yang dipamerkan di kedai mainan, tetapi rupa mainan dari bahan kitar semula ini pastinya kelihatan seperti yang sebenar dan amat cantik serta unik!

Kereta mainan Jupel tular

Setelah kereta mainan Jupel siap dan dikongsi dalam facebook menerusi akaun Indigenous PH, ia mula menjadi tular di media sosial.

Ramai netizen memuji usaha dan kreativiti pelajar ini yang bijak mengubah barang lama menjadi satu barang mainan dengan gaya kreativiti dan daya imaginasi luar biasa.

"Jupel tidak hanya mempunyai bakat luar biasa, tetapi juga punyai harapan yang tinggi dalam kehidupan.

"Anda punyai masa depan yang cerah, Jupel.

"Kanak-kanak ini sungguh berbakat. Saya doakan anda mendapat pendidikan terbaik dan mencapai kejayaan dalam kehidupan di masa hadapan. Kami memerlukan lebih ramai kanak-kanak seperti anda di dunia ini. Teruskan kerja anda dengan usaha yang baik.

“Saya dengan ikhlas menjangkakan karya seninya akan lebih bernilai di masa hadapan.

"Dia adalah seorang anak yang baik, berbakat dan mempunyai potensi besar.

"Karya seninya sangat indah.

"The mind of an artist or an engineer - or both!

"how do we buy? i’d want to buy a tricycle.

Sebahagian kata-kata semangat dan pujian netizen terhadap karya Jupel.

Sumber: Facebook Indigenous PH

ARTIKEL MENARIK:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

'Saya ingin menyambung legasi dia dalam bidang agama ini' - Cucu Abu Hassan juga pelajar MATIN

"Saya mengidam air lori Milo kerana teringat kesedapannya setiap kali lori Milo ke sekolah dahulu"

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini