DEMI mengubah persepsi bahawa guru besar itu garang, Guru Besar SK Ladang Kota Bahagia, Bandar Tun Razak, Pahang,  Muhamadiah Iskandar Mohamed ambil inisiatif manfaatkan masa beraktiviti bersama murid sebaiknya.

Katanya, video berdurasi 1minit dan 33 saat itu dirakam ketika aktiviti dalam kelas subjek muzik.

"Saya mengajar Pendidikan Moral Tahun Lima, video itu semasa saya relief cikgu muzik mereka. Saya nak mereka tahu yang guru besar hanya garang bertempat sahaja.

"Tarian itu saya reka sendiri.. Saya berpendapat murid akan enjoy dan seronok bila kita melakukan aktiviti bersama," katanya.

VIDEO KLIK SINI

Menurutnya, beliau mengimpikan satu lonjakan untuk sekolah bersama-sama guru.

"Saya bertuah sebab saya dapat guru-guru yang superb dan inilah trademark kami #walaupundiladangtapitetapgahdipandang," ujarnya.

Artikel menarik:

'Ayah meninggal kat rumah pengasuh...' - jawapan murid Tahun Satu buat cikgu pening

Ulang alik 340 km sehari, pernah bertembung haiwan liar namun demi anak bangsa, guru ini cekal

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020