Sebelum ini Guru Bahasa Melayu STPM, SMK Merbau Miri, Sarawak, Cikgu Nancy Thomas, tular di media social apabila mengenakan busana tradisional India berwarna unggu keemasan ketika mengajar kelas online.

Kali ini beliau sekali lagi membuat kelainan, apabila tampil cantik berbusana Orang Ulu, Kaum Kayan ketika mengajar kelas Bahasa Melayu secara atas talian.

Kongsi beliau, menariknya pada kelas sesi lalu,  pelajarnya pula yang ‘request’ baju untuk kelas-kelas seterusnya.

Untuk menggembirakan pelajarnya sepanjang kelas berlangsung, Cikgu Nancy turuti sahaja permintaan mereka.

“Sepertimana kelas sebelum ini, kehadiran kali ini juga penuh, 40 / 40. Saya sangat terharu,”katanya.

Berkongsi kegembiraan, salah seorang pelajar beliau, Leslywan Lazarus turut meluahkan perasaannya di media sosial, serta menyangkal pendapat yang mengatakan guru hanya ‘makan gaji buta’.

“Siapa cakap cikgu-cikgu makan gaji buta..., setiap hari cikgu Nancy Maria hiburkan kami dan pelajar beliau dengan menggunakan pelbagai baju etnik Malaysia. Kami juga sentiasa tertunggu-tunggu kelas beliau. Belajar online subjek Bahasa Melayu pun best setiap hari, semua cikgu struggle ajar student kelas online, salah student sendiri kalau tidak mahu sertai kelas online.

Hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih, student sendiri yang harus beria-ria menimba ilmu



Menarik lain:

Guru OKU perlu lalui ini ketika mengajar subjek muzik musim PKPB. Bertabah dan kuatkan semangat!

Rindu 16 guru terubat, bantu 200 pelajar terkesan di Pulau Timbang

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

‘Cikgu, saya dah ada telefon. Macam mana nak buka Google Classroom ini’ – Ramai tersentuh dan sebak

Dikongsi 5,000 orang, soalan Matematik ini tular kerana ramai tak dapat jawab