Sekali pandang, cikgu yang memiliki suara sedap ni macam artis rock dulu-dulu. Bila ditanya, cikgu dulu artis rakaman atau pernah masuk pertandingan nyanyian ke, cikgu asal Perak ni terus cepat-cepat menafikan.

Tapi serius suara Guru SK Taman Putra Perdana, Cikgu Muhammad Dzarfan Kamar Bahrin ni memang sedap didengar. Video nyanyiannya yang dikongsi oleh seorang guru yang dikenali sebagai Mat Azlan di Grup TcherCollection juga turut menarik perhatian ramai.

Rata-rata tertarik dengan kemerduan suara Guru subjek Pendidikan Muzik, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini yang membawa lagu Sumpah, nyanyian Naim Daniel ini.

Bercakap kepada GPSBestari, Cikgu Muhammad Dzarfan Kamar Bahrin, tidak menyangka, tindakannya melantunkan suara ketika pembelajaran subjek Muzik Pendidikan Khas di dalam kelas berjaya memukau netizen.

Niatnya hanya mahu menarik perhatian murid dengan subjek yang diajar sahaja. Tapi tak sangka pula, perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai.

“Saya tidak mempunyai niat lain, hanya untuk menarik minat murid-murid istimewa ini fokus dalam pembelajaran dan menyanyi bersama dalam tajuk ‘Nyanyian’.

“Menerusi set induksi tersebut, saya cuba sampaikan sebuah lagu popular dalam kalangan murid-murid sekarang ni. Kebanyakan mereka lebih tertarik dengan nyanyian secara live berbanding menonton video lagu menerusi youtube,”katanya.

Artikel Menarik:

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019