"SEBAGAI seorang guru, hanya satu harapan saya. Nak lihat Azrul sihat seperti sediakala dan dapat pergi ke sekolah seperti kawan-kawan yang lain," kata Cikgu Roslan Malik.

Merupakan guru Sains dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah Kebangsaan Kusilad, Pitas, Sabah, Cikgu Roslan berkata, rakan-rakan Azrul sudah mula merindui murid Tahun Enam itu.

"Setiap hari mereka tanya saya...bila Azrul nak datang sekolah. Walaupun tahu yang Azrul sakit, tapi mereka masih berharap yang sahabatnya ini akan kembali ke sekolah suatu hari nanti," katanya sebak.

Menurut Cikgu Roslan, Azrul Ali merupakan murid Tahun Enam yang begitu periang di sekolah. Dia sangat aktif dalam bidang sukan dan ramai guru dan murid-murid lain, menyayangi Azrul.

"Tetapi, sejak dia sakit di bahagian kepala dan doktor dapat mengesan ada cairan seperti nanah pada otak...keadaan Azrul mula berubah. Daripada periang, dia menjadi pendiam. Pergerakan, pendengaran dan penglihatan Azrul juga terbatas kerana sakitnya itu. Inilah ujian buat Azrul dan saya mahu Azrul tahu yang ujian ini tanda Allah sayang," kata Cikgu Roslan.

Ikuti perkongsian lanjut mengenai keadaan adik Azrul, seperti yang diceritakan oleh Cikgu Roslan.

**********

Nama murid: Azrul Bin Ali

Murid Tahun Enam di SK Kusilad Pitas, Sabah.

Pekerjaan bapa (Ali Bakar): Buruh kasar yang tidak punya pendapatan tetap.

Ibu (Tinah Sabut) pernah sakit lumpuh terpaksa berkerusi roda. Alhamdulillah, kini boleh berjalan dan bergerak namun tidak secergas sebelumnya. Mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan RM300 sebulan.

Adik Azrul perlu menjalani rawatan dua minggu sekali di Hospital Likas Kota Kinabalu yang jaraknya lebih kurang 171km (tiga jam perjalanan). Terpaksa menumpang kenderaan orang sebab tiada kenderaan sendiri untuk ke Kota Kinabalu.

Kadang terpaksa berhutang tambang kerana kekangan kewangan keluarga.

Ini kerana, bapa Azrul yang tidak dapat bekerja sepenuh masa untuk menjaga dan menguruskan adik Azrul. Sekiranya kesihatan adik Azrul bertambah baik, adik Azrul minta kepada bapanya untuk hadir ke sekolah walaupun lemah dari segi pergerakan.

Bapa Azrul tidak mahu menghampakan adik Azrul dan membawa ke sekolah menggunakan motosikal. Bapa Azrul akan menunggu di sekolah sehingga selesai persekolahan seharian sebab risau berlaku sebarang kecemasan.

Adik Azrul perlu sering diperhatikan, ini kerana kadar pergerakan jauh susut berbanding sebelum ini.

Di dalam badan sudah dipasang hos / tiub kekal (seumur hidup, maksudnya apabila saiz fizikal membesar, akan dibedah lagi untuk menggantikan tiub yang sesuai dengan fizikal dalaman). Hos ini untuk membuang cairan yang tidak diperlukan dari kepala ke saluran najis.

Pembedahan bahagian kepala untuk menyambung urat mata, menjalani pembedahan bahagian gegendang telinga. Kesan daripada pelbagai pembedahan adik Azrul ini menyebabkan gangguan terhadap pergerakan, pendengaran dan seluruh aktiviti fizikal amat terhad.

Pernah doktor mengatakan yang adik Azrul ni berhadapan risiko besar semasa pembedahan di kepala...kesan seperti lumpuh sepenuhnya atau kehilangan selamanya.

Alhamdulillah, dapat ditempuhi semua pembedahan yang berisiko tinggi. Doktor juga memuji semangat juang adik Azrul yang tinggi untuk meneruskan kehidupan walaupun pelbagai operasi yang sudah dialami adik Azrul.

Sesiapa yang ingin membantu dan mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Cikgu Roslan di talian 019-813 5394.

Bagi yang ingin menyumbang boleh menghubungi 019-540 8263 atau melalui akaun BSN 1299141000025563 (Ali Bakar).

Kerana sakitnya itu, pergerakan Azrul agak terbatas.

  

Cikgu Roslan (depan) bersama tiga rakan guru SK Kusilad, Pitas, Sabah, berkunjung ke rumah Azrul (belakang) bagi memberi sokongan moral kepadanya. Turut serta, bapa Azrul, Ali (kiri) dan Tinah (dua, kiri). 

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih