Video seorang guru muda menjadi tular apabila beliau telah memuat naik di laman Twitter, baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Cikgu Mohamad Safwan Zulqarnain Jebat telah berpakaian ala-ala zaman purba sambil berdiri di atas meja di luar kelas.

Ketika itu, beliau sedang mengajar subjek Sejarah untuk pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, Johor Bahru.

Caranya yang unik itu, mendapat perhatian ramai netizen yang teruja dengan cara guru berkenaan.

"Cara sebegini lebih bagus daripada baca buku teks.

"Cikgu patut diberi anugerah.

"Wah, hebatnya cikgu ni..tak pernah dibuat orang.

"Seorang guru yang berkaliber.

"Why my History teachers weren't like this.

"Cikgu, please ajar sekolah saya.

"Cikgu beli dekat mana kostum tu? Lawalah.

"Kalau saya jumpa cikgu dari dulu, mungkin saya boleh skor A dalam subjek Sejarah.

Ketika dihubungi GPSBestari, Cikgu Mohamad Safwan, 27 tahun berkata, apa yang dilakukannya itu, semata-mata mahu menarik minat pelajarnya menyukai subjek Sejarah.

"Saya akui, rata-rata pelajar tidak menggemari subjek ini.

"Mungkin mereka ingat, Sejarah itu membosankan dan sangat susah untuk dihafal.

"Dek kerana itu, saya terpanggil untuk berpenampilan sebegini agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan," katanya yang turut mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Terdahulu, Cikgu Mohamad Safwan pernah menggayakan kostum ala-ala orang zaman batu dan Indiana Jones.  

Beliau juga pernah menggayakan ala-ala pelancong untuk subjek Bahasa Inggeris.    

 

ARTIKEL MENARIK

Luahan hati ibu murid tular kerana pandai bersolek..ini coretan khas buat netizen

Ibu ini deko bekal anak ke sekolah tiap hari.. jika jiwa tak kental tak jadi ni

Disangka keturunan raja, Cikgu Yang turut dipanggil dengan nama 'tiang seri' gara-gara Cikgu Ishak

 'Sudah lebih 10 tahun kisah itu, namun kenangan bersama Cikgu Kassim masih lagi segar'