SEJAK dua tahun yang lalu, Cikgu Mohd Nizam Saidin tidak pernah sekalipun tidak berkongsi cerita dan kata-kata motivasi kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah.

Baginya, dua karya itu bagaikan nyawa. Jika tidak berkongsi, hidup tidak lengkap.

"Setiap hari tanpa tertinggal.

"Saya harap, guru-guru seramai 86 orang, dapat menerima perkongsian saya ini," katanya dengan menambah cerita motivasi dikongsi mengikut siri-siri bermula April lalu.

Beliau yang merupakan guru besar di sekolah berkenaan berkata, karya berbentuk penceritaan motivasi dan kata-kata motivasi telah dikongsi mengikut keperluan.

"Bagi penceritaan, saya share sebulan sekali manakala karya kata-kata motivasi pula, setiap hari.

"Grup WhatsApp dan WhatsApp peribadi adalah antara medium untuk saya kongsikan karya-karya berkenaan. Tidak lupa juga, saya bacakan sebelum berlangsungnya mesyuarat mingguan," ujarnya.

Menurut Cikgu Mohd Nizam, permulaan untuk dia menyelitkan cerita dan kata-kata semangat berlaku pada satu ketika.  

"Idea ini timbul bila mana saya merasakan guru-guru di sekolah ini yang sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan amanah dan perlukan lebih suntikan semangat bagi merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

"Saya merasakan suntikan semangat melalui cerita dan kata-kata motivasi sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan cara kerja guru-guru di SK Dato’ Wan Kemara," jelasnya dengan menambah, penerimaan guru-guru cukup positif terhadap setiap karya.

Mereka merasakan yang diri dihargai apabila seorang Ketua Jabatan sentiasa menyuntik semangat buat mereka. Komitmen untuk melaksanakan tugasan lebih tinggi melalui ‘sentuhan hati’ yang diberikan.

Dalam pada itu,  Cikgu Mohd Nizam mempunyai harapan yang besar terhadap warga guru sekolah tersebut.

"Saya berharap guru-guru sentiasa bersemangat dan penuh komited dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Dan saya mahu mereka tahu bahawa diri mereka dan segala kerja sentiasa dihargai," akhirinya.

Antara karya Cikgu Mohd Nizam

1) Dari Meja GB

Bil. 5/2019 (25 September 2019)

Ada seseorang membuka perniagaan sebuah zoo untuk pengunjung. Di pintu masuknya dikenakan bayaran RM10 untuk para pengunjung. Namun tetapi tiada seorang pun mahu masuk ke zoo berkenaan. Keesokkannya, diturunkan harga kepada RM7 untuk pengunjung, tetapi masih belum ada pengunjung yang mahu masuk. Diturunkannya lagi harga kepada RM3, juga belum ada pengunjung yang datang.

Akhirnya, dia meletakkan tanda harga percuma untuk pengunjung, maka berpusu-pusulah pengunjung yang datang.

Setelah ramai pengunjung dalam zoonya, pengusaha tadi menutup dan mengunci pintu masuk dan keluar zoo tersebut serta melepaskan binatang seperti harimau, beruang, singa, serigala dan ular.

Kemudian dia menulis dipintu keluar RM100 jika ingin keluar...maka berpusu-pusulah orang membayar untuk keluar daripada zoo tersebut.

Ironinya, ketika ditawarkan untuk hidup sihat banyak bersukan, banyak minum air, banyak berpuasa, makan makanan yang menyihatkan, hidup sihat dengan berfikiran positif, banyak rehat, bersyukur dengan apa yang kita peroleh hari ini dan tidur secukupnya...

Ramai yang tidak mahu mendengarnya...

Tetapi jika kita masuk hospital, biar berapa pun bayaran bil hospital ramai yang sanggup membayarnya untuk kembali sembuh, sekalipun menjual harta atau berhutang dan mencari sumbangan...

Sihat dan berfikiran positif itu lebih murah daripada sembuh dan sakit...

Begitu juga bab sedekah, masa hidup RM50-RM100 itu terasa berat untuk disedekahkan...

Tetapi bila dah berada dialam barzakh, rasanya kalau diberikan peluang untuk hidup semula RM beribu-ribu pun tidak kisah untuk dikeluarkan.

Renungan untuk diri sendiri dan sahabat guruku SK Dato’ Wan Kemara

 

2) Dari Meja GB

Bil. 6/2019 (4 Oktober 2019)

Ada tiga perkara yang perlu kita direnungi...

Yang pertama,

Jika KOPI terlalu pahit...siapa yang dipersalahkan? Sudah semestinya GULA yang dipersalahkan...kerana terlalu sedikit, hingga rasa KOPI menjadi terlalu pahit...

Yang Kedua,

Jika KOPI terlalu manis, siapakah yang disalahkan? GULA lagi yang disalahkan, kerana terlalu banyak hingga KOPI menjadi terlalu manis...

Yang ketiga,

Jika KOPI dan GULA seimbang, siapakah yang akan dipuji?

Tentu semua akan berkata...KOkan KOPI menjadi rasa sedap?

Justeru, jom kita ikhlaskan hati seperti GULA, yang larut tak terlibat tetapi sangat bermakna...

GULA memberikan rasa manis pada PINYA sedap!

Ke mana GULA?...yang membuat KOPI...

Tapi orang menyatakan KOPI manis...bukan KOPI GULA!

GULA memberikan rasa manis pada TEH...

Tapi orang menyatakan TEH manis...bukan TEH GULA!

Orang menyatakan ROTI manis...bukan ROTI GULA!

Orang menyatakan Air Sirap Pandan, Air Sirap Limau, Air Sirap Bandung...

Padahal bahan asasnya adalah GULA...

Tapi GULA tetap ikhlas,larut dalam memberikan rasa manis...

Tetapi, apabila datangnya penyakit... GULA lagi akan disalahkan...dinyatakan penyakit kencing manis...

Sahabat guruku, begitulah hidup...

Kadangkala, kebaikan yang kita tanam tak pernah disebut orang...

Tapi, jika kita berbuat kesilapan akan dibesar-besarkan...

Ambillah keikhlasan seperti GULA...

Tetap semangat memberikan kebaikan...

Tetap semangat meyebarkan kebaikan...

Kerana kebaikan bukan untuk disebut-sebut...

Tetapi kebaikan untuk dirasakan dan dikenang sampai bila-bila...

Buat sahabat guruku SK Dato’ Wan Kemara

BIAR JASA JADI KENANGAN

Artikel Menarik:

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

Bila tiba masanya, jenazahku siapa uruskan? - Usaha ustaz ini anjur kursus jenazah buat murid sebak

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma