WALAUPUN wajahnya seperti budak-budak sekolah, namun ia bukan penyebab untuk guru muda ini menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

Cikgu Ian Francis Manga, 22 berkata, sebagai seorang guru, dirinya tetap serius ketika mengajar dan sentiasa memastikan anak didiknya berdisiplin tinggi.

“Saya perlu menjadi serius kerana saya ialah seorang guru. Tidak semua benda perlu dibuat main, mereka juga perlu menjadi serius terutamanya ketika berada di dalam kelas," katanya.

Cikgu Ian Francis Manga merupakan salah seorang guru tadika yang mengajar murid pra-sekolah dan Tahun Dua di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.

Dek mempunyai wajah seakan-akan kanak-kanak sekolah rendah, Cikgu Ian Francis Manga yang mesra disapa Manga, tular di laman sosial, baru-baru ini.

Warganet bagaikan tidak percaya dengan wajah Manga itu...namun realiti tetap realiti.

Menurut cikgu muda ini, beliau sememangnya mempunyai masalah dalam genetik tumbesaran.

"Ketika masih kecil, saya sering diserang penyakit sehingga menyebabkan tumbesaran terbantut," ujarnya.

Walaupun dalam keadaan sedemikian, Manga tidak pernah berhadapan masalah ketika mengajar.

"Saya juga seperti guru yang lain, mengajar di dalam kelas dan berkomunikasi dengan murid-murid.

"Jika murid-murid ada masalah dalam pelajaran, saya akan bantu mereka dengan sebaik mungkin semata-mata mahu melihat mereka berjaya dalam pelajaran," ujarnya.

Akhir sekali, Manga memberitahu yang dirinya tidak pernah dibuli oleh sesiapa pun.

"Saya tidak pernah dibuli kerana saya seorang yang peramah. Kawan-kawan pun ramai. Malah, murid-murid dan guru juga selesa dengan saya," katanya yang mementingkan disiplin dalam kelas.

Artikel Menarik:

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Jadikanlah kisah Lysiana contoh... demi ilmu seawal Tahun Satu sudah tinggal di asrama

Nak buat sambutan hari lahir anak di sekolah? Cikgu ini beri panduan apa ibu bapa perlu tahu

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab