Akuatik asas merupakan salah satu topik yang terdapat dalam subjek Pendidikan Jasmani. Disebabkan keadaan sekolah yang serba kekurangan, telah mendorong Guru Pendidikan Khas SK Gas, Sandakan Sabah ini mencipta kelainan.

“Kerana tidak mampu membawa mereka ke kolam renang awam, kami guru-guru Program Pendidikan Khas (PPKI) SK Gas Sandakan memutuskan agar menggunakan kolam renang mudah alih dan kanvas untuk latihan amali topik akuatik asas.

“Lebih meriah apabila kami kumpulkan lebih kurang 20 orang murid pendidikan khas tahun dua, tiga dan lima untuk pembelajaran topik itu,”kata Cikgu Muhammad Fazri Hassan kepada GPS Bestari.

Jelas Guru subjek Pendidikan Jasmani, Kemahiran Manipulatif tahun dua, Bahasa Melayu, PSV tahun tiga, dan English tahun lima ini lagi, untuk memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar, selamat dan terkawal, seramai lapan orang Guru Pendidikan Khas dan tiga orang pembantu pengurusan murid terlibat untuk aktiviti ini.

“Untuk keselesaan, kami menggunakan dua kanvas untuk kegunaan murid-murid berenang. Sebelum tu, mereka akan melakukan aktiviti sensory walk untuk membantu merangsang 'sensory' murid khas.

“Selepas itu mereka akan baring dan meniarap di atas kanvas untuk belajar teknik apungan lentang, meniarap, 'flutter kick' dan juga teknik keselamatan dalam air. Sementara guru-guru pula akan menyiram dengan air, supaya mereka rasa lebih seronok, seolah-olah berada di dalam kolam yang sebenar,”kata Fazri yang baru dua tahun mengajar di sekolah itu.

Menurut guru ini, sungguhpun serba kekurangan, namun mereka semua teruja dan gembira. Jika dibiarkan, mahu juga dari pagi sehingga ke waktu rehat, murid tersebut bermain air.

“Bagi saya semua murid pendidikan khas sangat istimewa. Merekalah sumber suka duka saya sepanjang saya berkhidmat di sini. Kadang-kadang sehari tak datang sekolah pun, saya dah rasa tercari-cari mereka.

“Saya datang ke sekolah tu pun dengan harapan saya dapat menjadi pejuang kepada murid-murid saya. Saya nak masyarakat dan ibu bapa yakin kepada kami guru-guru Pendidikan Khas ini dan bersama-sama kami membantu membina masa depan mereka,”jelasnya.

Video yang dimuat naik beliau di twitter juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Rata-rata berasa sebak dengan usaha yang dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Khas SK Gas, Sandakan ini.

Happy tengok anak-anak ni. Siapa potong bawang ni?

Sedihnya baca caption

Video berkaitan:

Kredit: Cikgu Muhammad Fazri Hassan

Tip Penting:

Tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan lima. Ada sembilan bab semuanya

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!

Skor subjek Fizik SPM dengan empat tip mudah daripada Cikgu Ajwad

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai