Ada pelbagai denda yang ibu bapa kenakan pada anak-anak. Bukan apa...semuanya untuk proses pembelajaran anak-anak juga. Biar mereka belajar sesuatu dalam kehidupan. Biar mereka belajar baik dan buruk dalam setiap tingkah laku mereka.

 

Bentuk peribadi dan akhlak mereka sedari awal. Tentu mudah melentur buluh sejak dari rebung. Salah satu kaedah untuk mendidik anak daripada bergaduh adalah ‘time-out punishment’. Ternyata memang berkesan. Ikuti pengalaman bapa ini mengenakan denda kepada anak-anaknya. Paling penting, denda sebegini tak buatkan anak berdendam dengan ibu bapa.

 

Bashir, Dhia dan Fina kena denda tengok dinding lagi, kali ni 7 minit. Sebab bergaduh.

Dah banyak kali saya guna kaedah ni. Senang dan berkesan. Denda macam ni namanya time-out punishment.

Saya dapat rasa banyak kelebihan time-out ni..

1. Senang nak laksana dan sangat berkesan.

2. Dapat bagi masa pada anak2 untuk muhasabah. Ini boleh membina sedikit emosi kedewasaan pada mereka.

3. Ibu bapa boleh guna masa tengah time-out tu untuk bertenang.

4. Senang nak bagi tazkirah, anak2 betul2 dengar masa tengah denda.

5. Senang nak 'ugut' balik pada anak2, ugutan yang real. "Kalau Fina bergaduh lagi nanti kena mengadap dinding". Dulu ugutan tipu macam "nanti polis tangkap Fina". Ugutan tipu menyebabkan mereka jadi makin kurang percaya kat kita.

6. Perasaan anak2 tidak terlalu terganggu dengan time-out, berbeza kalau kena pukul atau kena tengking.

7. Ibu bapa tak tidak terbeban dengan perasaan bersalah atau menyesal.

8. Hubungan anak2 dengan ibubapa senang kembali normal macam sebelum kena denda.

9. Mudah nak tambah dos denda, kalau berulang kesalahan yang sama maka tempoh denda bertambah.

 

Sumber: Facebook Mohd Yazid Ismail