BAGI mereka yang masih tercari-cari tip, nota atau perkongsian berkaitan bidang pendidikan, anda boleh ikuti (follow) tiga cikgu hebat dan femes di Malaysia ini.

Pe Chey, Mohamad Hakim dan Cikgu Asraf merupakan cikgu power dan handal dalam bidang masing-masing.

Mereka punyai bilangan followers yang cukup ramai hinggakan anak-anak kecil pun kenal dengan mereka. Hebat bukan.

Jom kenali tiga cikgu ini dengan lebih dekat lagi. Jangan lupa, follow mereka di facebook rapat-rapat.

1) Pe Chey

Cikgu Pechey atau nama betul dia dalam ic, Nor Faisal Ishak ni, dah 22 tahun mengajar di Klang. Sepanjang perkhidmatannya, memang di Klang. Entah bila nak balik Tapahnya.

“Oldskoll” dahlah kiranya. Guru berwajah tampan namun sedikit ganas. Gitulah matematiknya.

Dulu dia ni, antara guru Bimbingan Kaunseling Daerah, pernah jadi jurulatih Hoki Selangor team wanita U15 projek Tunas Cemerlang.

Sekarang, dia banyak berkongsi, mengarang di FB tentang kisah dirinya, kisah silam dan kisah semasa beliau sebagai seorang guru. Banyak juga karangannya tular di GPS Bestari dan Sinar Harian.

Penglibatan beliau bersama NGO DanaKita telah menyebabkan beliau dikenali bersama bergerak dengan Cikgu Mohd Fadli Salleh menyantuni asnaf dan fakir miskin.

Jemputlah follow FB beliau untuk membaca perkongsian berfaedah. Pastinya dia kelakar dalam serius.

 

2) Mohamad Hakim

Cikgu Hakim ini antara cikgu muda yang power bagi subjek Matematik. Masuk tahun keenam mengajar di Sarawak, tapi sudah pun menulis buku aktiviti (buku latihan).

Beliau banyak terlibat dalam memberi ceramah teknik menjawab UPSR bagi subjek Matematik seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah terlibat dalam penghasilan modul bagi murid galus (gagal lulus) untuk kegunaan murid-murid daerah tempat beliau mengajar.

Tidak cukup di sekolah, beliau juga banyak berkongsi tip, nota, video dan latihan Matematik di FB dan pagenya.

Penulisan dan perkongsian beliau kerap juga tular dalam page-page besar seperti GPS Bestari dan Sinar Harian. Baru-baru ini beliau ditawarkan untuk menghasilkan video bersama dengan page Pa&Ma bagi program E-Learning, tapi terpaksa beliau tolak atas faktor kekangan masa.

Jadi, buat kalian yang mempunyai anak calon UPSR, kalian wajib untuk follow beliau. Pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang kalian boleh dapat.

Confirm!

Tagline beliau, ‘Cikgu Kachak’.

 

3) Cikgu Asraf

Cikgu Asraf ini dah hampir lapan tahun mengajar di Sarawak. Beliau mengajar bukan di kawasan bandar. Kawasannya agak kurang sikit dari segi kemudahan tapi selamba saja beliau harung.

Guru berwajah tampan ala-ala Abhishek Bachan ini memang disenangi oleh orang ramai. Elok juga kalau gelarkan dia sebagai Cikgu Bollywood.

Beliau banyak berkongsi tip padu Bahasa Melayu dan Sejarah. Beliau juga turut berkongsi pelbagai tip padu untuk subjek lain.

Senang cerita, semua ditapaunya. Ha, gituh...

Banyak tip padunya tular di GPS Bestari dan Sinar Harian.

Salah satu kelebihan cikgu ini “Sesi Kelas Satu Minit”. Walaupun satu minit, ternyata sarat dengan ilmu baharu yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini.

Rugi sangat kalau kalian tidak follow fb beliau. Kalau ada anak, wajib follow supaya boleh ajar anak menggunakan tip padu cikgu ini

Jemputlah follow FB beliau. Pastikan lepas follow, set kepada “see first” supaya tidak terlepas post padu dari beliau.

Saya jamin, kalian tidak akan menyesal.

Sumber: Facebook Cikgu Asraf dan Mohamad Hakim

Artikel menarik:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

'Banyak kali dia WhatsApp nak datang ke sekolah, tapi cikgu tak reply...tiba-tiba'