Kebiasaannya pada hari pertama persekolahan, acara menyanyi lagu Negaraku dan menaikkan bendera merupakan aktiviti wajib yang perlu dilalui oleh semua murid baru. Namun, berbeza keadaannya di beberapa buah negara di dunia, seperti Jepun, Jerman, Rusia, India, Taiwan dan New Zealand. Setiap negara ini mempunyai keistimewaan dan tradisi unik, ketika menyambut kehadiran murid baru pada awal tahun.

Jepun

Hadiah beg sekolah berbentuk kotak atau lebih dikenali sebagai randoseru

1. Banyaknya hadiah

1 April merupakan hari pertama persekolahan di Jepun. Tarikh tersebut simbolik kepada mekarnya bunga sakura yang memulai musim. Anak-anak akan diberikan bunga sakura sebagai tanda dari harapan bangsa. Kedatangan anak-anak di hari pertama ini akan disambut dengan nyugakushiki, iaitu acara memotong reben di pintu masuk sekolah. Ahli keluarga juga akan menghadiahkan anak-anak dengan pelbagai hadiah istimewa.

Jerman

Schultute atau hadiah berbentuk kon biasanya diisi dengan barangan kelengkapan sekolah, coklat, gula-gula

2. Hadiah berbentuk kon

Tradisi unik pada hari pertama persekolahan di Jerman hanya khas untuk anak-anak kelas satu sahaja. Tradisi unik yang dikenali sebagai Einschulung ini, dimulakan dengan pemberian Schultute atau hadiah berbentuk kon kepada anak-anak. Schultute biasanya diisi dengan barangan kelengkapan sekolah, coklat, gula-gula dan banyak lagi hadiah lain. Setiap Schultute ini akan dihias cantik dengan warna dan karektor kesukaan anak. Ia secara tidak langsung membuatkan anak-anak berasa gembira hendak ke sekolah.

Rusia

Salah seorang pelajar baru didukung oleh senior, sambil membunyikan loceng

3. Tradisi loceng pertama di Rusia

Pada hari pertama persekolahan, anak-anak akan memakai baju cantik dan membawa bunga untuk diserahkan kepada guru mereka. Untuk murid kelas satu, tradisi unik yang dikenali sebagai loceng pertama akan diadakan. Salah seorang murid dari kelas satu akan didukung oleh pelajar senior mengelilingi sekolah sambil membunyikan loceng diiringi tepukan dari ibu bapa yang hadir.

India

Gambar: http://11024ghsscherkalacentral.blogspot.com/

4. Perbarisan sekolah

Praveshanolsavam adalah sebutan untuk acara sambutan pelajar baru di India. Pelbagai sambutan yang dibuat, antaranya perbarisan sekolah, diiringi dengan muzik dan belon, chendamelan atau pertunjukan muzik drum yang dilakukan oleh pelajar senior lelaki. Selain itu sekolah juga akan dihias cantik dan murid baru akan diberikan hadiah berupa gula-gula.

Taiwan

Gambar: http://taas-taiwan.com/

5. Tanda hormat kepada ibu bapa dan guru di Taiwan

Pelajar baru di Taiwan akan berkumpul, dan diperdengarkan pidato sambutan selamat datang oleh guru besar di sekolah. Di kota Nanjing, guru besar akan mengajak semua murid baru ke kuil. Di sana murid baru akan diberikan titik merah di dahi yang membawa erti kepada kebijaksanaan. Selain itu, turut diadakan juga upacara Qi Meng (pencerahan), di mana murid baru akan melakukan sujud (kowtow) kepada ibu bapa dan guru mereka yang ada di sekolah.

New Zealand

Gambar: https://www.northcross.school.nz/

6. Upacara Powhiri pembuka sekolah

Hari pertama sekolah di New Zealand kebiasaannya disambut dengan upacara Powhiri. Upacara sambutan ini berasal daripada salah satu adat suku asli iaitu suku Maori. Guru akan bersorak  semangat, selamat datang dan diikuti dengan tarian penuh bersemangat daripada pelajar senior. Tarian ini disertai dengan tepuk tangan, hentakkan kaki dan gerakan yang penuh semangat.

Sumber: ruangguru.com