BETUL kata orang, jika mahu anak hidup berdikari, latihla seawal usia.

Begitulah juga prinsip dipegang guru di pedalaman tahap tiga, Mason Maur Anak Changan.

Beliau adalah Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Balang, Kapit Sarawak yang juga Guru Adiwira Kebangsaan ( Wakil SARAWAK), serta Duta Guru Nadi Negara, Mason Maur Anak Changan.

Melalui laman FB miliknya, Cikgu Mason Maur berkongsi kisah murid yang telah pandai berkemas almari asrama.

Mari kita tengok apa Cikgu Mason Maur buat sebenarnya...

 

+++

Kalau siang tadi cikgu ronda di bilik mandi. Petang ni cikgu spotcheck pula asrama! Tempat murid beristirehat selepas habis semua aktiviti.

Gambar pertama tu almari murid Tahun Dua. Sorang dia je di sekolah. Kakak Michelle Kupa dan abang di SMK Selirik. Baru umur 8 tahun dah reti melipat dan mengemas almari. Bagus Felycia! Tak disuruh pun. Mungkin hasil didikan ibu dan ayahnya di rumah. Good girl! Anak anda umur 8 tahun dah reti tak tu..? 

Gambar kedua pula almari murid Tahun Empat. Kemas dan meriah almari dengan gambar ahli keluarga. Mungkin pengubat rindu dengan keluarga dan tempat mengadu domba selepas dimarah cikgu dan rakan agaknya! Kalau cikgu, gambar la tempat cikgu melepaskan rindu pada keluarga.

Gambar ketiga pula almari murid Tahun Lima dan Enam. Berkongsi almari. Maklumlah, adik dan abang! Si abang ni agak garang. Kalau adik tak mengemas almari, pasti paginya/petangnya aku dengar adiknya menangis kerana kena marah dengan abang. Daripada semua murid lelaki, almari mereka berdualah paling menarik dan kemas! Tahniah Allexion FandyTimor. Kredit kepada Bapanya pula Timor Bantin atas didikan mereka.

Jadi, harini cikgu kata kalau siapa kekalkan almari kemas dan cantik, cikgu akan bagi hadiah sebagai penghargaan.

Mereka tampak bersemangat. Harap berkekalan ya! Cikgu bila masa akan buat spotcheck!

Bagaimanapun perkongsian Cikgu Mason Maur kali ini memberi pelbagai reaksi warganet. Antaranya:

Che Kemar : Melihat anak2 ini buat saya insaf

Noor Afiqah Saidah: Bagusnya.. Budak2 asrama mmg pandai berdikari.. Terbaik sern

Yakbiah-sd Plunga: Tuhan berkati anak2 semua..semoga jd anak yg baik..teringat zaman duduk asrama seawal tahun 1 lagi..

Nur Pasu: Ktorg dl mcm ni lah time ddk asrama.dr sekolah rendah smpi universiti.hjg mgu je balik kpg.ciayok kids.Moga menjadi anak yang berguna bila besar nanti.

Xian Qu: teringat zaman skolah dulu2.. rindu almari tu...byk kngan dlu d asrama

Tip Menarik:

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta

Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal