"HIDUP ini punya pasang dan surutnya. Kita tidak pernah tahu bila kita akan memerlukan pertolongan dari orang lain. Semua tu pasti akan ada gilirannya.

Demikian kata Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah kepada GPS Bestari, baru-baru ini.

Beliau yang kini Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecilia, Sandakan Sabah berkata, apa yang dilakukan itu, bukanlah mengejar nama atau perlukan perhatian.

"Saya berasal dari keluarga yang susah. Saya dapat merasa apa yang asnaf di luar sana rasa. Alhamdulillah sekarang saya ada kerjaya yang tetap. Giliran saya pula untuk membantu orang-orang yang memerlukan," katanya.

Terdahulu, GPS Bestari pernah menyiarkan artikel Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma dan Tiga tahun pakai kasut koyak...cikgu ini sebak kenang nasib pelajar Tingkatan Dua.

Kedua-dua artikel itu memaparkan bagaimana keprihatinan dan rasa ambil berat Cikgu Maisarah Hannan terhadap kesusahan anak-anak didiknya.

Menurutnya, aktiviti sedemikian benar-benar membuatkan dia mahu terus lakukan.

"Bila ada masa free, saya akan gerak untuk cari mana-mana asnaf dan kebanyakannya dalam kalangan murid-murid saya sendiri.

"Kadang datang perasaan gembira bila dapat bantu asnaf-asnaf ini. Kadang sedih dan mengalir air mata serta merta bila dengar kisah kehidupan mereka.

"Paling saya tersentuh bila asnaf-asnaf ini ucap terima kasih dengan saya beserta dengan doa yang mengharapkan agar saya terus diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki," katanya sebak.

Ikuti kisah Cikgu Maisarah Hannan yang tidak henti-henti membantu orang susah menerusi post yang dikongsi di facebooknya.

Moga apa yang dilakukan oleh guru muda ini, menjadi panduan buat guru-guru lain untuk berbuat perkara yang sama. Insya- Allah.  

**********

Catatan bertarik 26 Jun, 3.50 petang

Saya pernah dikecam sebab bagi makan orang bukan warganegara, saya pernah disalahkan sebab bantu ibu kepada penagih dadah, dikecam lagi sebab bantu wanita tua yang punya ilmu hitam.

Saya tak tahu macam mana lagi nak jelaskan dengan orang-orang di luar sana tentang erti “perikemanusiaan” seperti ini. Kak/Abang, bukan warganegara pun manusia juga kan. Perlukan makan untuk terus hidup sama seperti anda yang warganegara.

Di sana nanti, Tuhan takkan tanya berapa no ic orang yang kita bantu...Jadi, kita ikhlaskan saja semuanya. Selebihnya serahkan padaNya.

Semalam saya dapat mesej dari kakak ni, dia rayu saya untuk beli baju peribadinya dan boneka anaknya. Ambillah dengan harga berapa-berapa saja katanya sebab dia sangat perlukan duit untuk beli ubat demam anaknya yang berharga 15 sen sebiji.

Sudah dua hari anaknya demam. Kakak ni OKU putus sebelah tangan. Saya kagum sebab dia tak meminta-minta, sebaliknya sanggup menjual patung anaknya semata-mata untuk beli ubat. Alhamdulillah, hari ni dapat beri dia ubat demam. Mohon doakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki ya...

Sumber: Facebook Maisarah Hannan

Artikel menarik:

‘Pernah gagal SPM dan dihina kerana susah,’- Cikgu Mie bangkit dari kegagalan, buat pembaca sebak..

Meja guru perlu kemas dan tersusun - Panduan ini mungkin berguna buat cikgu-cikgu di Malaysia