“SAYA sayang anak-anak didik saya. Mana mungkin saya boleh lupakan mereka.

Demikian kata guru Pendidikan Muzik Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mempaga 2, Bentong, Pahang Mohd Huzaire Ahmad.

Beliau yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan kini berkerusi roda, tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Saya beri mereka latihan bagi subjek Sejarah, Seni dan Muzik.

“Saya tak mahu mereka ketinggalan dalam pelajaran susulan wabak COVID – 19. Justeru, tanda saya sayangkan mereka, inilah sedikit sebanyak latih tubi yang mampu saya berikan pada murid-murid,” katanya.

Kepada wartawan GPS Bestari, Roshlawaty Raieh, Cikgu Mohd Huzaire berkongsi apa yang beliau lakukan sepanjang PKP ini.  

Ikuti selanjutnya...

Sepanjang PKP ini, ramai murid-murid yang menghantar pesanan ringkas.

Mereka bertanyakan tentang kesihatan saya, tentang pelajaran dan juga berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di rumah.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa rindu untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu dan rakan-rakan di sekolah.

Sebagai guru, saya mengambi maklum tentang rintihan murid-murid ini.

Terkenang sekolah dan anak - anak murid satu kemestian pada jiwa seorang guru.

Rindu dengan suasana P&P di dalam bilik darjah dengan telatah mereka. Lebih – lebih lagi mereka yang nakal dan yang sering membuat hati kita sering bersabar.

Rupanya bila mereka tiada kita jadi lagi serba tak kena kerana mereka mengisi ruang hidup kita sepanjang menjadi guru.

Untuk menghilangkan rindu pada mereka, sepanjang PKP ini saya membuat satu telegram khas iaitu Cikgu Hairi untuk anak anak murid mendapat info daripada saya.

Saya memberi nota-nota yang boleh mereka baca. Saya juga mengadakan latihan secara maya sahaja serta kuiz yang menyeronokkan.

Di samping itu, saya juga mengadakan pertandingan lukisan berkaitan COVID - 19 juga. Bahan mewarna untuk pertandingan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah juga saya telah beri di media sosial dan selepas sekolah di buka mereka boleh menghantar dan saya boleh memilih pemenang.

Bersama Cikgu Romizal Amir Rosdi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Romie yang popular di you tube.

Tetap berhubung

Untuk rakan-rakan sejawat guru OKU yang lain, kami berhubung secara wasap sahaja. Misalnya, Cikgu Noor Azean Yaacob dari Sekolah Menengah Islam Puchong yang mempunyai semangat luar biasa sebagai seorang pendidik.

Beliau memberitahu, antara perkara yang di buat sepanjang PKP ialah membuat kuiz menggunakan program Quiziz.

Antara kata-katanya dalam wasap ialah:

“Sama la...Hanya beberapa orang saja yang beri respon...Tapi yang sikit tu pun kita kena raikan. Saya asalnya buka group Form 3 je. Tapi memandangkan PKP dipanjangkan, saya buka juga Form 1 dan 2. Mereka masih kebudakan. So sambutan  kurang memuaskan. Saya bagi soalan pakai Quizizz je”

Kesian pada guru-guru OKU yang beria memberi tapi penerimaan agak kurang memberangsangkan. Saya berharap Cikgu Noor Azean bersabar dan terus mendidik dengan penuh semangat.

Cikgu Noor Azean

Bagi Cikgu Jamal Mohamed Gulam Rasool dari SMK Malim pula, dia juga melakukan perkara yang sama. Rindu pada anak murid sepanjang PKP ini terubat juga dengan kaedah seperti yang di lakukannya.

Antara kata-katanya dalam wasap ialah:

“Saya cuma buat soalan dalam group wasap Form 3...sebab saya ajar Form 1, 2 dan 3. Kemudian, saya bagi link you tube yang berkaitan dengan topik but tetap tak menarik minat pelajar.”

Cikgu Jamal Mohamed Gulam

Apa yang boleh di lihat dan di perhalusi di sini, guru guru OKU juga seperti guru-guru normal yang lain.

Sikap bertanggungjawab pada murid sangat menebal di hati kami. Walaupun kurang upaya, kami tetap jitu dengan semangat pendidik.

Bagi kami, ini amanah yang perlu kami jaga dan tidak akan persiakan.

Terdahulu, GPS Bestari pernah menyiarkan kisah Cikgu Mohd Huzaire yang berjiwa kental dalam mengharungi kehidupan.

Artikel bertajuk Luahan hati seorang guru OKU yang pasti meruntun hati semua... dan Akaun facebook guru OKU yang tular diserbu bekas murid, rakan guru dan orang ramai mendapat perhatian wargamaya.

Cikgu Mohd Huzaire dan isteri, Siti Nor Azizah Mohd Noor Yusoff mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus yang sudi berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini. 

Bagi yang masih belum mengenali siapa cikgu hebat ini, GPS Bestari berkongsi antara kejayaan dan usaha yang beliau lakukan (2002 – 2012) sepanjang menjadi guru berkerusi roda.

Nama: Mohd Huzaire Bin Ahmad

Tarikh lahir: 26/12/1976

Pengalaman Bertugas:

1)    Sekolah Rendah Kebangsaan Jabor Kuantan (2002 hingga 2005)

2)    Sekolah Rendah Kebangsaan Mempaga 02 (2005 hingga sekarang)

 

Kejayaan-kejayaan dan pencapaian:

2003 - Jurulatih pasukan Bola Sepak Sk Jabor - Pencapaian sekadar peryertaan

2004 -Jurulatih pasukan Bola Sepak Sk Jabor - Pencapaian peringkat separuh akhir

2005 - Anugerah Khas sempena Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2005.

- Jurulatih pasukan nasyid SK Mempaga 02 - Pencapaian sekadar penyertaan

2006 - Jurulatih pasukan nasyid SK Mempaga 02 - Pencapaian tempat keempat daerah Bentong

2007 - Jurulatih pasukan nasyid SK Mempaga 02 - Pencapaian tempat kedua daerah Bentong

- Guru pembimbing Kelab Doktor Muda - Pencapaian Johan kategori persembahan bakat daerah Bentong di Bera.

2008 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik SKM02

- Jurulatih pasukan nasyid SK Mempaga 02 - Pencapaian Johan daerah Bentong - Tempat ketiga peringkat negeri Pahang

- Guru pembimbing Kelab Doktor Muda - Pencapaian Naib johan bercerita peringkat daerah Bentong

- Johan buku skrap kesihatan

2009 - Anugerah Guru Cemerlang Inovatif Kategori OKU - Peringkat negeri Pahang 2009.

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik SK Mempaga 02

- Jurulatih pasukan nasyid SK Mempaga 02 - Pencapaian Johan daerah Bentong

- Jurulatih pasukan nasyid daerah ke peringkat negeri - Pencapaian, tempat keempat peringkat negeri Pahang

- Jurulatih pasukan kompang SK Mempaga 02 - Pencapaian Johan daerah Bentong 2009

- Jurulatih pasukan kompang SK Mempaga 02 - Pencapaian-Tempat kedua peringkat negeri Pahang.

2010 - Anugerah Guru cemerlang kategori Oku Peringkat Kebangsaan 2010.

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik SKM02

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik Daerah Bentong

- Jurulatih pasukan nasyid sekolah.

- Jurulatih pasukan kompang sekolah.

- Persembahan kompang sempena Majlis bersara Ketua sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran negeri Pahang di SMK Bentong.

- Jurulatih pasukan kugiran sekolah. Persembahan band sempena majlis perpisahan Tahun Enam dan konvo pra 2010.

- Pengerusi Projek Galeri Muzik Peringkat Daerah Bentong.

- Gubahan semula lagu Sekolah Kebangsaan LKTP Mempaga 2

2011 – Guru Cemerlang DG32

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik SKM02

- Ketua Panitia Pendidikan Muzik Daerah Bentong

- Jurulatih pasukan nasyid Sk Mempaga 02 - Pencapaian mewakili daerah Bentong ke peringkat negeri bagi tahun 2011

- Mendapat tempat keempat peringkat negeri bagi tahun 2011.

2012 - Ketua Panitia Pendidikan Muzik SK Mempaga 02

- S/U Panitia Pendidikan Muzik Daerah Bentong.

- Jurulatih pasukan nasyid peringkat daerah bentong - Pencapaian - Naib Johan daerah.

- Persembahan nasyid sempena pembukaan SMAP Bentong.

- Pesembahan sempena program Ihya Ramadhan 2012.

- Persembahan kompang sempena Majlis Penjenamaan Semula Kolej Yayasan Felda.

- Persembahan kompang Formasi sempena Majlis Kebudayaan Malaysia Jepun 2012.

- Penyelaras Program Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar IPGKTAA.

2013 - Persembahan life band dan sambutan kompang sempena hari guru peringkat daerah di Smap Bentong.

- Jurulatih pasukan nasyid sekolah.

- Johan Festival nasyid daerah 2013 dan mewakili Bentong ke peringkat negeri mendapat tempat keempat.

 

Sumbangan dan tugasan di sekolah

- Penulisan lirik lagu Festival Nasyid peringkat daerah dan negeri Pahang dari tahun 2005 hingga 2013.

- Mencipta melodi lagu Festival Nasyid peringkat daerah dan negeri Pahang dari tahun 2005 hingga 2013.

- Jurulatih dan pengurus pasukan nasyid sekolah SK Mempaga 02 dari tahun 2005 hingga 2013.

- Jurulatih dan guru penasihat pasukan kompang sekolah SK Mempaga 02 dari tahun 2008 hingga 2013.

- Mencipta lagu dan lirik untuk pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah dan Negeri pada tahun 2009.

- Guru penasihat Kelab Muzik SK Mempaga 02 dari tahun 2009 hingga 2013.

- Guru pembimbing kelab Doktor Muda dari tahun 2005 hingga 2010.

- Guru pembimbing Kelab Kewangan dari tahun 2006 hingga 2010.

- Ketua Hakim pertandingan nasyid Peringkat Negeri bagi tahun 2009.

- Guru mata pelajaran bahasa Malaysia dari tahun 2002 hingga 2009.

- Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik dari tahun 2002 hingga 2013.

- AJK persatuan silat bunga SK Mempaga 02

- Penulisan lirik lagu dan melodi lagu bagi tujuan persembahan nasyid dan hasil kreatif Di lorong PPDa peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tahun 2008.

- AJK sambutan pertandingan lorong PPDa,sambutan dari kelab kompang SK Mempaga 02.

- Penyelaras program (PTNS) Tunas Nasyid Sekolah.Pasukan Nasyid Sekolah.

- Penyelaras program (CDP) Cari Duit Poket.Kelab Kompang Sekolah.

- Pengerusi Panitia Pendidikan Muzik Daerah Bentong 2010-2013

- Pengerusi Projek Galeri Muzik Peringkat Daerah 2010 .

- Hakim Program Karnival Merekayasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling (My talent) bakat murid peringkat negeri Pahang pada 11 November 2011.

- Hakim Pertandingan Koir Kelab Rukun Negara (KRN) Jabatan Perpaduan Peringkat Negeri Pahang pada 10 Julai 2011.

- Hakim Pertandingan Malam Kebudayaan Peserta-Peserta IPG di Dewan Orang Ramai Felda Mempaga 1.

- Penyelaras Program Lawatan Pelajar-pelajar IPG ke Galeri Muzik SK (LKTP) Mempaga 2 bagi tahun 2011 & 2012.

- Gubahan semula lagu SK LKTP Mempaga 2.

 

Sumbangan dan tugasan di luar

- AJK Perwira K9 peringkat kebangsaan pada tahun 2005 hingga 2006.

- Penulisan cerpen kompilasi catatan pengalaman guru-guru di Negeri Pahang sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010.

- Pengerusi Persatuan Orang-orang Cacat Bentong bagi seisi 2008 hingga 2012.

- Kaunselor di wad k9 Hospital Besar Kuala Lumpur.

- Mencipta lirik lagu dan melodi lagu bagi lagu tema Jabatan Rehabilitasi Hospital Besar Kuala Lumpur.

- Mencipta pakaian seragam dan logo Persatuan Orang-orang Cacat Daerah Bentong.

- AJK pasukan kompang belia Mempaga 02.

- Pemain bola keranjang Perwira K9.

- Pemain tenpin boling paralimpiad negeri Pahang peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang 2012.

- Pembawa obor keramat sempena Sukan Paralimpiad peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang 2012

Tip menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Guru ini buat video langkah mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu