CINTAKAN alam sekitar dan suka kitar semula barangan terbuang membuatkan Guru Cemerlang Kimia ini membangunkan inovasi Pasu Tuala Terpakai bagi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) topik Bahan Komposit silibus subjek Kimia Tingkatan Empat.

Cikgu Lee Saw Im yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur ini berkata, inovasi Pasu Tuala Terpakai berdasarkan pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang menerapkan elemen komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis, kreativiti dan nilai serta keseronokan dalam pelbelajaran.

"Tajuk pengajaran saya ialah tentang bahan komposit dalam subjek Kimia Tingkatan Empat. Bahan komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan.

"Tugasan yang saya diberikan kepada pelajar adalah Bagaimana anda dapat mengurangkan isu pembuangan tuala terpakai? Bagaimana anda oleh jadikan tuala terpakai kepada barang yang dapat dipasarkan?" katanya.

Katanya, proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) itu melibatkan aktiviti Sebelum, Semasa dan Selepas.

"Fasa Sebelum, guru dan pelajar perlu membuat persediaan. Guru menyediakan bahan untuk taklimat melalui Flipped Classroom seperti video dan tugasan manakala pelajar pula berbincang bagaimana menjalankan projek dari segi bahan, idea dan pembahagian tugas.

"Fasa Semasa pula murid mengadakan perbincangan ringkas dan menjalankan aktiviti yang dipersetujui mengikut tugasan yang diberikan oleh guru," katanya.

CIKGU Saw Im ketika menerima Global Teacher Award 2019 di New Delhi, India.

Menurut beliau, pada peringkat Semasa, guru akan memilih tempat yang sesuai untuk aktiviti dan bertindak sebagai fasilitator.

Jelas beliau lagi, Fasa Selepas pula, pelajar mengadakan perbentangan hasil kongsi kejayaan atau kegagalan mereka dan membuat laporan.

"Guru boleh membuat penilaian brdasarkan hasil kerja murid atau melalui kuiz. Aktiviti ini boleh dijalankan di luar bilik darjah dan mahupun sebagai satu pengisian pada waktu kokurikulum," katanya.

Cikgu Saw Im ketika menerima Global Teacher Award 2019 di New Delhi, India.

Cikgu Saw Im ketika menerima tempat pertama Anugerah Science Teacher South East Asia 2016 di Bandung, Indonesia.

Cikgu Saw Im ketika sesi pembentangan di International Conference on Science Educational And Teacher Professional Development 2018, SEAMEO QITEP, Bali, Indonesia.

Pengetua SMK Seri Bintang Utara, Sapura Amat (empat dari kanan) meraikan kejayaan Cikgu Saw Im (tengah) bersama guru di SMK Seri Bintang Utara.

Pelajar SMK Seri Bintang Utara meraikan Cikgu Saw Im yang menerima Anugerah Global Teacher Award 2019.

Sesuai dengan nilai murni cintakan alam sekitar yang cuba diterapkan, bahan yang digunakan pelajar dalam projek itu ialah tuala terpakai, simen dan air.

Jelas beliau, bagi menghasilkan pasu yang cantik, pelajar perlu mewarnakan mengikut kreativiti masing-masing dan pasu yang telah siap akan dijadikan hiasan di laman sekolah, rumah dan pelbagai lagi.

"Pasu ini boleh dikomersialkan dan dijadikan sumber pendapatan kita dipasarkan dengan betul dan ini mengajak pelajar untuk terbabit dalam keusahawanan," katanya.

Katanya, langkah menggunakan barang kitar semula sebagai bahan bantu mengajar bukan sahaja menjimatkan kos tetapi turut menerapkan nilai yang tinggi dalam kalangan pelajar.

"Kongkrit adalah sejenis bahan komposit dengan campuran simen dan keluli, tapi agak sukar untuk pelajar untuk menghasilkannya di sekolah, jadi saya menggunakan tuala terpakai bagi menggantikan keluli yang bukan sahaja murah tetapi juga menghasilkan bahan komposit yang mesra alam.

"Saya gembira kerana pelajar dapat mengikuti PdPc ini dengan baik memandang mereka sudah biasa dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK21)," katanya.

Bagaimanapun kata Cikgu Saw Im, beliau perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan PdPc bagi memastikan kemenjadian murid dan menambah keseronokan untuk belajar subjek Kimia.

Beliau percaya PdPc yang menggalakkan kerjasama antara pelajar akan membina hubungan mesra antara mereka dan lebih mementingkan 'kami' daripada 'saya'.

Sekolah yang pernah berkhidmat:

1. SMK Berhala Darat, Sandakan, Sabah (1989-1991)

2. SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur (1991-1998)

3. SM Bukit Bintang (P), Kuala Lumpur (1999)

4. SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur (2000 hingga kini)

Anugerah dan pencapaian:

1. Edufluencer (KPM) 2019

2. Global Teacher Award 2019

3. Award of Honour 20th  ICTEL 2019

3. Anugerah Ist Place Best Science Teacher in South East Asia 2016

4. Pemenang Kertas Kerja Terbaik Kebangsaan 2018

5. Anugerah Ikon Stem Kebangsaan 2017

6. Anugerah Ikon Guru Kebangsaan 2014

7. Anugerah Ikon Guru WPKL 2017 dan 2018

8. Anugerah Johan Guru Cemerlang Kokurikulum Kebangsaan 2014

9. Anugerah Naib Johan Guru Cemerlang Kokurikulum Kebangsaan 2013

10. Anugerah Johan Guru Cemerlang Kokurikulum WPKL 2013, 2014, 2016 dan 2017

11. Anugerah Sijil Perak Inovasi Kebangsaan 2010

12. Anugerah Guru Inovatif Naib Johan WPKL 2015

13. Anugerah Guru Inovatif Ketiga WPKL 2013

14. Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras 2012

15. Guru Penasihat Terbaik Kelab SMKSBU 2012–2017, 2019

Pembentangan:

1. 20th ICTEL 2019 – International Conference on Teaching, Education & Learning, Dubai

2. Kuantan International Colloquium 2019, Kuantan

3. Pembentang Presidangan Profesionalisme Guru Malaysia 2019, KL

4. Internation Conference On Scienec Educationa And Teacher Profesional Development 2018, SEAMEO QITEP, Bali, Indonesia

5. Pembentang ICSTEM 2017, 2018

6. Pembentang Mathematics, Science  Computer Science International Seminar 2016, UPI, Bandung, Indonesia

7. Pembentang Penyelidikan Kebangsaan 2018

GPSBestari menyokong Jiwai Rukun Negara

Artikel berkaitan:

Program di SK Setiawangsa, sembilan jam sebelum Maszlee letak jawatan (7 foto)

Teks ucapan penuh Maszlee ketika Sidang Media Khas

Maszlee umum peletakan jawtan jam 4.30 petang ini?

Rakaman penghargaan Maszlee kepada Dr Mahathir - Peletakan jawatan berkuatkuasa esok