DEKNA dan Zara merupakan anak didik termuda di Darul Siddir. Baru berusia 9 dan 10 tahun, namun mempunyai kemampuan hafazan yang luar biasa.

Aksinya mengingat seperti melihat, mengejutkan netizen sehingga tular di media sosial.

Ikuti perkongsian Dr Kamilin Jamilin berkenaan anak didiknya ini.

Kedua-dua si cilik ini merupakan anak didik saya yang termuda di Darul Siddir.

Dekna yang baru berusia 8 tahun, dan Zara yang berusia 9 tahun.

3-4 bulan lepas, Dekna hampir langsung tidak pandai menulis tulisan arab.

Alhamdulillah hasil latihan intensif, kini mereka sudah mampu menulis Quran lebih indah dari tulisan saya sendiri.

Sebelum ini mereka sering berasa rendah diri dan "takut-takut" untuk diuji bersama rakan-rakan lain yang lebih besar.

Kini para "gergasi" pula yang gentar dengan memori si cilik comel ini.

Kedua-dua mereka menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat mengejutkan sejak 2-3 minggu lepas, dari pelajar yang sering ketinggalan kerana bersaing dengan abang-kakak yang lebih berusia, kini mampu berdiri garang di hadapan.

Anak-anak yang berhati suci dan semuda ini jika diberi teknik latihan hafazan yang tepat penuh "enjoy", tidak mustahil sedikit gambaran memori atau hafalan ajaib para ulama terdahulu dapat dijelmakan semula.

Ini yang dikatakan: "Mengingati Quran bagaikan ia terbentang di depan mata...".

Saksikan!

 

Sumber: FB Page Ustaz "Kamilin Jamilin - Seni Hadith "