TEKNIK mengajar Cikgu Nurfadzilah Nek Kamal dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah, cukup disukai oleh semua murid Tahun Satu dan Tahun Dua sekolah itu.

Mengajar dengan kelainan, berdialog sambil berlakon dan sebagainya membuatkan ramai murid mudah faham dengan apa yang diajar guru muda ini.

Cikgu Nurfadzilah atau lebih mesra disapa Teacher Dilla merupakan Top 100 Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), Kementerian Pendidikan menerusi Unit Pelaksanaan Prestasi Pendidikan (PADU).

Beliau yang kini mengajar subjek Bahasa Inggeris berkata, apa yang dilakukan itu, semata-mata mahu murid-muridnya seronok ketika mengikuti kelas berkenaan.

Katanya, teknik mengajar yang dilakukan itu berdasarkan dua model pengajaran hasil idea sendiri.

“Dua model tersebut adalah model SURe dan model SoCoM.

“Model ini dicipta untuk menggantikan garis besar yang ada dalam pelan pengajaran iaitu ‘presentation, practice, production’ yang bagi saya, sudah lapuk dan tidak sesuai untuk pengajaran abad ke-21,” katanya.

Cikgu Nurfadzilah

Bersama murid Tahun Satu Rukun, SK Taman Rakyat.

 

Ujarnya, model SURe terdiri daripada tiga komponen iaitu ‘search, use dan record’ bagi menggantikan ‘presentation, practice, production’.

“Dalam komponen ‘search’, murid tidak sekali-kali di suap dengan apa yang mereka akan pelajari pada hari itu sebaliknya mereka perlu ‘mencari’ item, isi kandungan atau bahan yang mereka rasa akan dipelajari dalam sesuatu sesi PdPC itu,” katanya.

Tambah Teacher Dilla, modelnya itu boleh diguna pakai pada mana-mana pengajaran dan diadaptasi mengikut kesesuaian tajuk.

“Model ini tidak memerlukan sebarang alat yang spesifik, ia hanya sekadar idea yang membantu guru dari segi merancang dan menjalankan sesuatu pengajaran itu sendiri supaya sesi PdPC tidak berjalan secara statik dan pasif,” katanya.

Justeru, Teacher Dilla berharap semua guru termasuk murid dan ibu bapa harus mula berfikir, bagaimanakah cara untuk memperbaiki diri, selain memberi sumbangan dan sokongan antara satu sama lain supaya semua pihak dapat memperkasakan lagi sistem pendidikan di negara kita.

Hasil poster anak murid untuk topik save the earth semasa minggu jerebu melanda.

Belajar warna, bentuk dan nombor dengan membuat pizza.

 

Artikel lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain