"SAYA mahu buat persekitaran sesi pembelajaran yang pelajar akan ingat sampai bila-bila." Demikian kata Naib Johan Kempen Guru PAK21 Guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Norhailmi Abdul Mutalib.

Bagi merealisasikan tekad, beliau sanggup bersusah payah menyediakan keperluan pelajarnya.

Katanya, komuniti pelajar dari SMK Jerlun daripada keluarga berpendapatan rendah, jadi banyak benda yang tidak ada.

"Melihat kebanyakan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, saya cuba sediakan keperluan mereka sedikit demi sedikit, dari masa ke masa. Terutama keperluan belajar dalam kelas.

"Saya memang ada peruntukan sejumlah tertentu gaji saya untuk sediakan keperluan pelajar supaya mereka tidak ketinggalan dengan rakan-rakan daripada sekolah lebih bagus," katanya.

Menurut Cikgu Norhailmi, beliau mahu pelajarnya turut dapat apa yang pelajar di sekolah yang bagus dapat.

"Daripada itu saya mulakan menyediakan keperluan dalam kelas contohnya seperti alat-alat pembelajaran PAK21 termasuk apa sahaja yang boleh membantu mereka.

"Kemudian 'extend' lagi bila saya tengok sebenarnya kita dah kena sediakan (bahan teknologi).. zaman sekarang ni mereka bermain dengan teknologi, saya nampak ini satu cara untuk bagi pendedahan kepada pelajar supaya guna dengan cara yang betul," jelasnya.

Cikgu Norhailmi

Katanya lagi, selepas beberapa tahun beliau sudah fokuskan kepada kemenjadian murid dengan memberi segala apa yang boleh diberi kepada pelajar, beliau mula melihat pelajarnya memiliki kreativiti dan cara berfikir penyelesaian masalah semakin baik.

"Secara tidak langsung, apabila minat datang menjadikan belajar Sains itu senang. Sekarang ini pelajar saya dah mula menunjukkan peningkatan dalam keputusan akademik.

"Memang betullah, konsep utama mengajar adalah hubungan saya dengan pelajar. Apabila pelajar minat cikgu tu, barulah mereka akan minat mata pelajaran tersebut," katanya.

Kata Cikgu Norhailmi, beliau juga ingin membuktikan hanya pendidikan yang boleh mengubah nasib pelajar membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan.

Cikgu Norhailmi membawa pulang wang tunai RM1,500, telefon Samsung dan trofi.

Sebagai guru PAK21, Cikgu Norhailmi antara guru yang banyak memberi sumbangan berkongsi artikel dan video dengan GPS Bestari.com untuk dikongsi dengan guru lain.   

Cikgu Norhailmi bersama Ketua Nazir Kedah, Ahmad Rusli (tengah), serta pengetua, Siti Rubiah Mohd Arshad (tiga, kanan) dan PK Pentadbiran, Nurma Komiza (kiri) ketika aktiviti ekstrak kelapa sawit di Makmal Sains SMK Jerlun.

Cikgu Norhailmi ketika dinobat Naib Johan Kempen Guru PAK21 pada Malam Anugerah Adiwira (PAK21) 2019 di Cyberjaya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya]

[ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar]

 

Berita lain:

"Li, kau buat apa pula ni?" - Soal PK Hem apabila peguam sampaikan surat mahkamah

Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH”- 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Persembahan memukau Cikgu Donze hingga muncul Johan Kategori Nyanyian Solo