Ada tak yang nak mendoakan adik-adik istimewa kita ni... Boleh sertakan doa anda di ruangan komen... Semoga adik-adik kita ni mendapat 6A UPSR 2016...

Antara calon Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru yang cacat penglihatan, menduduki kertas Bahasa Melayu Pemahaman dengan cetakkan Braille dan menjawab menggunakan mesin Braille pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam. - Foto Bernama

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seremban 2B Norlida Ayob membantu calon berkeperluan khas sekolah itu yang mengalami sakit tulang, Muhammad Idzihar Abdullah membuat persediaan sebelum menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah itu di Seremban, semalam. - Foto Bernama