Nama Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2004 yang ditaja Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara kembali disebut-sebut apabila pencapaianya sekali langi membanggakan rakyat Malaysia.

Sejak Oktober 2015 hingga sekarang, beliau tekun menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons of England dan dikatakan berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik, suatu hari nanti.

Dr Amalina Bakri, 30, merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada 2013-2015.

Mengambil inspirasi siri drama TV Amerika kesukaannya, Grey’s Anatomy, Dr. Amalina tekad mencapai cita-citanya dengan bersungguh-sungguh. Antara pencapaian terbaiknya di sana adalah:

  • MPhil/PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017
  • Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences/Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015
  • Harvard Sub-Internship Programme, Medical Elective, Maternal Fetal Medicine, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013
  • Medicine (MBChB)- MD (The University of Edinburgh) 2013
  • BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010
  • BMedSc Pharmacology (Hons), ERASMUS Exchange (Universiteit Leiden / Leiden University) 2010

Kejayaan dan pencapaian Dr Amalina sesungguhnya amat membanggakan wanita Malaysia. Sebutir bintang kejora yang berkilauan dari jauh, mengagumkan dan mengharumkan nama negara.

Selain komited dengan tugasnya, Dr Amalina juga amat meminati bidang sukarelawan dan pernah berkhidmat secara sukarela sebagai doktor perubatan di Meru District Hospital, Tanzania selama tiga bulan.

Beliau juga secara sukarela turut menjadi guru Bahasa Inggeris di Tanzania dan Zanzibar pada 2010.

Tidak cukup dengan itu,  gaya Dr Amalina yang kelihatan cukup fashionista. Rambut lurus hitam dan panjang mengurai menyempurnakan penampilan wanita pintar ini yang bertubuh langsing.

We love you Dr. Amalina Bakri, jom kita tengok beberapa foto-foto beliau yang diambil dari laman Instagramnya.

Kredit:  Norzalina Mohd Alias