1. Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson merupakan selebriti berdarah kacukan yang dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada 22 November 1991.

2. Sejak masik kecil lagi, malah seawal usia 9 bulan, Diana sudah terlibat dalam iklan komersial. Antara iklan yang pernah menampilkan Diana ialah Pampers, Watson, Shuemura, Fair and Lovely, KFC, F&N Soya Bean, Inner Shine, Watson’s dan lain-lain.

3. Filem pertama lakonannya ialah Idola (2002) di mana ketika itu Diana merupakan murid tahun tiga yang memegang watak sebagai anak kepada pelakon Normala Samsudin.

4. Diana kembali aktif berlakon apabila mendapat membintangi drama 'Air Mata Maria' terbitan Skop Production. Biarpun ketika itu Diana hanya berusia 14 tahun, tetapi dia diberi kepercayaan membawakan watak utama yang berusia 20an.

5. Pernah menyumbangkan suara untuk lagu nyanyian Imran Ajmain, Radio yang turut disertai oleh Nabil Ahmad.

6. Diana juga tampil dengan 'single' solo, 'Tentang Kita' pada tahun lalu dan sememangnya turut aktif dalam bidang nyanyian selain pengacaraan.

7. Cukup menggemari aktiviti lasak dan terlibat dalam beberapa siri perlumbaan kereta Toyota Gazoo Racing baru-baru ini.

8. Antara filem yang dilakonkan Diana termasuklahEvolusi 'KL Drift', 'Bihsia: Jangan Pilih Jalan Hitam', 'Kecoh Betul', 'Magika', 'Hanyut', 'Jiwa Taiko', 'Sembunyi: Amukan Azazil', 'Kami Histeria' dan lain yang terbaharu, 'Gol & Gincu 2'.

9. Dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 dan di Anugerah Skrin 2017 menerusi filem Hanyut. 

10. Merupakan isteri kepada aktor Farid Kamil dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Muhamad, 5, dan Nur Aurora, 3.

11. Yana Samsudin merupakan biras Diana apabila pelakon tersebut berkahwin dengan adik iparnya, Fadzil Zahari.