Tujuh pemenang saguhati Kempen Guru PAK21

"SAYA menerapkan elemen 4K1N iaitu  (Kolaboratif, Komunikasi, Pemikiran Kritis,  Kreativiti, Nilai dan Etika) kepada Murid Berkeperluan Khas (MPK) Masalah Penglihatan bagi subjek Pendidikan Muzik.

Perkongsian dilakukan melalui penggunaan alat mainan Lego untuk  mengajar nilai not dan penciptaan rentak meter empatan yang mudah."

- Stefanus Lucas, Guru Pendidikan Muzik, SK Pendidikan Khas Tuaran, Putatan, Sabah.

"Saya mengajar Matematik Pendidikan Khas KSSMPK Tingkatan Satu, topik Pembundaran. Murid diberi set ‘Tetingkap Bundar’ secara individu untuk mengukuhkan konsep asas pembundaran.

‘Tetingkap Bundar’ boleh digerakkan mengikut rumah digit yang hendak dibundarkan kemudian melihat rujukan nombor 'roller coaster' untuk dibundarkan.

Murid dibahagikan kepada dua atau tiga orang setiap kumpulan dan diberi komputer tablet untuk melakukan aktiviti mencari harta karun ‘Bundar QR Code Challenge’. Murid perlu imbas kod QR untuk menyelesaikan lima soalan pembundaran pada lima check point."

- Halizah Ahmad, Guru PPKI, SMK Bandar Kota Tinggi, Johor.

"Saya menggunakan amalan Flipped Classroom, iaitu salah satu kaedah PAK21 di dalam kelas. Mula melaksanakan kaedah ini pada bulan Januari 2019, namun persediaan telahpun bermula sejak Disember 2018. Kesan yang saya nampak, pembelajaran dan aktiviti lebih tertumpu kepada pelajar.

Amalan ini membolehkan 'differentiated learning' berlaku, dan  guru dapat mengajar setiap kumpulan pelajar mengikut tahap kemampuan mereka. Amalan ini banyak menggunakan platform media seperti WhatsApp, YouTube dan Instagram."

- Stephen Isaac, Guru Biologi dan Sains, SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur

"Saya laksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek' dalam pembelajaran aurat. Saya menggunakan pendekatan projek dalam memahami konsep aurat dan cara berpakaian menurut Islam.

Pelajar dibekalkan patung kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berpakaian tidak lengkap dan mereka dikehendaki berkolaboratif  untuk menghasilkan pakaian yang kreatif tetapi menepati kehendak syariat Islam kemudian, pelajar disediakan pula patung yang sudah berpakaian lengkap tetapi  belum menepati syariat dan diminta untuk mengkritik kesalahan cara berpakaian patung tersebut."

- Mohd Asrulnizam Md Yusuf,
Guru Pendidikan, SMK Jerlun dan Jurulatih Utama Pendidikan Islam Negeri Kedah

"Saya buat ‘Sekolah Pokok’. Tujuan utama untuk mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Sekolah Pokok ini melibatkan mereka dengan aktiviti sukan permainan.

Saya gabungkan pembelajaran PAK21 berteraskan permainan berkumpulan, dan alatan teknologi,  mereka juga diajar bermain alat muzik ‘Ukulele’ dan menyanyi lagu bahasa Inggeris."

- Samuel Isaiah A/L Joel Christie Isaiah, Guru Bahasa Inggeris, SK Runchang (Sekolah Orang Asli), Pekan, Pahang

"Saya memberi tugasan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan perlu menguasai satu topik dalam tempoh ditetapkan. Mereka akan dibimbing guru sebelum pembelajaran sebenar dilaksanakan.

Ketika PdP, pelajar yang berjaya menguasai topik, akan dipecahkan kepada kumpulan kecil dan mereka dilantik sebagai guru
muda untuk bantu rakan-rakan yang lain.

Dengan cara ini, elemen PAK21 telah diterapkan dalam pembelajaran dan guru hanya sebagai fasilitator dalam membimbing aktiviti pelajar."

- Mohd Afiffi Baharuddin, Guru Fizik, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar

"Saya laksanakan kaedah simulasi arkeologi dalam proses PdPc yang diinovasikan bagi topik pengajaran Zaman Prasejarah PAK 21 (4K 1N). Proses PdPc Zaman Prasejarah dimulakan dengan murid membuat 'scanning' pada isi pelajaran.

Kemudian murid diberikan dalam beberapa kumpulan bagi melaksanakan simulasi kaedah arkeologi di kawasan lapang sekolah.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dengan setiap tugasan, penggali, pencatat dan penganalisis."

- Louis Pulong, Guru Sejarah, SK Kerupang, Labuan, Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya]

[ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar]

[ARTIKEL BERKAITAN: Guru ini sanggup menyumbang sejumlah wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar yang rata-rata miskin]

 

Berita lain:

"Li, kau buat apa pula ni?" - Soal PK Hem apabila peguam sampaikan surat mahkamah

Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH”- 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Persembahan memukau Cikgu Donze hingga muncul Johan Kategori Nyanyian Solo