Cikgu-cikgu dan pelajar mungkin tak pernah jumpa haiwan pelik ini kannn. Jom kita kenali pontianak laut dalam, kelawar muka hodoh dan banyak lagi yang menakutkan. 

Kalau nak kira memang banyak haiwan pelik yang mendiami bumi ini. Berjuta spesies yang asing pada kita.

GPS Bestari kali ini menyenaraikan 10 haiwan unik dan bentuknya menyeramkan yang tak pernah kita lihat sebagai pengetahuan tambahan.

1) ULAT BULU LOBSTER MOTH

Ulat bulu ini boleh ditemui di selatan Britain, Eropah dan sesetengah kawasan di Asia dan makanan kegemarannya adalah daun pokok bic, oak dan pokok lain. Ia mendapat nama sempena rupanya yang seakan-akan udang karang dan kupu-kupu.

 

2) IKAN HARIMAU GOLIATH

Spesies ini tinggal di benua Afrika dan paling besar pernah ditemui adalah sepanjang lima meter dan berat 80 kilogram. Ikan ini akan menyerang apa sahaja yang ada di depan matanya, termasuklah buaya.

3) KELAWAR MUKA KEDUT

Kelawar berwajah kedut ini boleh ditemui di Amerika Tengah. Spesies ini tidak mempunyai ekor dan mempunyai gigi lebih kuat berbanding spesies kelawar lain.

4) ISOPOD GERGASI

Isopod gergasi ini sebenarnya spesies krustasea atau bercengkerang seperti ketam dan udang seperti subspesies yang terbesar di dunia. Habitatnya adalah di lautan dalam.

5) IKAN YU BERMATA SATU

Ikan ini ditemui di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan yu albino ini amat jarang ditemui, namun daripada rupanya ia tidak kelihatan membahayakan manusia.

6) IKAN YU BEROPOL

Ikan yu ini mempunyai badan seperti belut yang beropol dan mempunyai 300 batang gigi. Ikan ini juga dikatakan wujud sejak 80 juta tahun lampau boleh dijumpai pada kedalaman laut 1,500 meter di Australia, New Zealand, Asia Tenggara. Afrika Barat dan Chile.

7) IKAN YU GOBLIN

Nama spesies ini berasal daripada legenda goblin yang dikenal sebagai makhluk yang hodoh. Selain itu, ia mendapat namanya disebabkan mekanisme pertahanannya yang unik, iaitu mengeluarkan rahang untuk menyerang mangsa.

Ikan yu ini boleh ditemui di Lautan Pasifik atau Atlantik dan di sekitar Teluk Mexico. Yu goblin ini juga dikenal sebagai pontianak laut dalam kerana sifatnya yang tidak sukakan cahaya matahari.

8) KETAM KELAPA

Ketam kelapa adalah sejenis ketam darat bersaiz besar yang mempunyai kemampuan memanjat pokok, terutama pokok kelapa. Ketam ini juga menjadikan buah kelapa sebagai makanannya.

Dengan menggunakan penyepit yang kuat ia mampu menebuk tempurung buah kelapa.

9) KUPU-KUPU POODLE

Spesies ini ditemui pada 2009 dan kelihatan seakan-akan rama-rama. Kupu-kupu ini asalnya dari Venezuela, tetapi hidup di Antartika. Bulu-bulu halus yang tumbuh pada badannya melindungi diri daripada kesejukan.

10) SALAMANDER GERGASI CHINA

Salamander gergasi China ini seakan-akan cicak tetapi lebih besar dan boleh hidup di darat serta dalam air. Amfibia ini mampu mencecah 1.8 meter (5.9 kaki) panjang dan 65 kilogram (140 paun) berat.