DIET berkhasiat dan seimbang adalah untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Selain itu, terdapat juga makanan yang terbaik untuk otak.

Berikut adalah 10 senarai makanan yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan otak dan memastikan ia terus berfungsi dengan baik pada setiap hari.

1. Coklat

Ramuan utama dalam koko dikatakan sangat berkhasiat untuk otak.

Saintis telah membuktikan kandungan antioksidan terdapat dalam dua atau tiga suda teh serbuk koko adalah lebih tinggi berbanding dalam makanan lain.

Flavonol dalam koko dikatakan membantu meningkatkan aliran darah ke otak.

2. Ikan

Kandungan Omega-3 yang merupakan asid lemak memberi banyak manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek.

Omega-3 juga menyediakan lebih banyak oksigen  ke otak serta membolehkan seseorang menerima maklumat baharu sementara mengingati maklumat lama.

Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah salmon, tuna dan hering.

3. Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain kaya dengan vitamin B6, B12 dan  folat yang diperlukan dalam otak untuk memecahkan tahap homocystein yang boleh menyebabkan penyakit alzheimer.

Ia juga kaya dengan kandungan zat besi dan jika tidak mencukupi boleh menyebabkan aktiviti kognitif menjadi sangat perlahan.

4. Kekacang

Semua jenis kekacang seperti badam, walnut, biji bunga matahari, kacang hazel adalah sangat baik untuk otak.

Kebanyakannya juga kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 serta vitamin E dan vitamin B6 yang turut berfungsi sebagai antidepresan.

Sesetengah kekacang yang kaya dengan magnesium dan tiamina juga baik untuk fungsi kognitif dan makanan otak.

5. Beri

Kebanyakan buah beri termasuk beri hitam, beri biru dan raspberi kaya dengan antioksidan yang baik untuk otak. Ia juga digelar ‘superfruit’ kerana kandungan fisetin dan flavanoid bagus untuk meningkatkan ingatan dan dapat membantu membalikkan kesan penuaan pada otak.

6. Rempah

Makanan berempah dapat memastikan otak sentiasa segar dan kandungan kunyit yang kaya antioksidan dapat menghalang penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif.

Rempah seperti kari juga dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung.

7. Telur

Proses otak mengecil apabila semakin tua boleh dicegah dengan memakan telur yang kaya dengan vitamin B12 dan  lesitin. Telur kuning yang mengandungi kolina amat penting dalam membina sel otak dan meningkatkan ingatan.

8. Teh

Teh hijau dan hitam yang kaya dengan katekin amat bermanfaat untuk otak. Ia bagus untuk memastikan fikiran tajam, segar dan berfungsi dengan baik. Ia juga dapat membantu otak berehat dan melawan keletihan mental.

9. Bijirin penuh

Ia juga adalah makanan baik untuk mengurangkan berat badan. Makanan bijirin  penuh seperti barli, beras perang dan oat kaya kandungan folat yang dapat meningkatkan aliran darah ke otak.

Makanan bijirin penuh juga kaya vitamin B6 yang penuh dengan tiamina yang dapat meningkatkan ingatan.

10. Tiram

Eksperimen menunjukkan tiram adalah baik untuk otak kerana ia kaya dengan zat besi yang dapat menajamkan minda dan meningkatkan keupayaan untuk  mengingati maklumat dengan mudah.

Kekurangan zink dan zat besi boleh menghilangkan ingatan, tumpuan dan penyakit lain.

 

SUMBER: www.toptenz.net via Oh!Lelaki

Artikel menarik:

Cikgu ada ke buat macam ni, tebang balak nak buat dewan sekolah? Jalan ke sekolah mandi selut

Murid Tahap Satu masih belum kuasai Matematik? Guru subjek ini kongsi tip untuk ibu ayah ikut

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan