SEHARI dua ni penuh juga suapan berita di dinding facebook dengan kisah Modul 10 minit perhimpunan (M10MP).

Kebanyakan komentar netizen yang kebanyakannya golongan guru sendiri tidak senang dengan Modul ini yang kononnya agak sukar dilaksanakan memandangkan kebiasaannya perhimpunan mengambil masa 20 ke 30 minit atau bersamaan 1 waktu pengajaran.

Berpandukan SPI 4/84 perhimpunan ini adalah satu majlis rasmi sekolah.

Maka sudah tentulah ia mempunyai protokol tertentu termasuk nyanyian lagi kebangsaan, lagu negeri, doa dan lain lain.

Ada yang bertanya dengan saya.. Apakah pandangan cikgu tentang M10MP?

Okey.. Secara jujurnya kita kena faham bahawa perhimpunan sekolah berbeza dengan modul 10 minit perhimpunan.

Perhimpunan sekolah tertakluk kepada SPI 4/84 manakala M10MP hanyalah pengisian dalam perhimpunan.

Maksudnya setiap perhimpunan sudah tentulah guru guru akan menyelaras pelajar berbaris (biasanya pengawas yang buat) Guru besar/pengetua dan guru-guru akan naik ke pentas dan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.

Kebiasaanya ada persembahan kelas samada bacaan ikrar atau hafalan sifir.

Selepas itu barulah guru besar menyampaikan amanatnya.. (nak sebut leteran pun ok juga sebab murid murid ni memang kena di leter sikit terutamanya bab disiplin. Kami guru-guru umpama ibubapa mereka juga)

Isunya ramai yang tak faham, mungkin tabiat netizen ni suka buat konklusi dan justifikasi hanya selepas baca tajuk kot.

Bila dengar Modul 10 Minit Perhimpunan maka dalam kefahaman kita..

Perhimpunan hanya 10 minit. Ye mana lah lojik kalau 10 minit je masa nak berhimpun kan?

Tapi kalau diteliti hanya pengisian dari persembahan murid sahaja yang memakan masa 10 minit.

Yelah dah nama modul maksudnya tentulah ada panduan dan format didalamnya. Antaranya penekanan penekanan nilai, elemen kreativiti dan PAK21 serta atribusi kepada murid murid.

Semua tu dicadangkan dalam modul hendaklah dilaksanakan selama 10 minit. Selepas tu sambunglah dengan amanat guru besar dan penolong kanan serta menyampaikan maklumat semasa yang dipesan oleh KPM, JPN dan PPD atau PIBG. Itu je sebenarnya.

Jadi perhimpunan tetap mengambil masa 30 minit atau mungkin lebih.

Kesimpulannya janganlah kita cepat melatah...kita hendaklah sentiasa bersangka baik.

Semoga semua guru guru dirahmati Allah sentiasa.

 

Daripada Cikgu Emmet.

Cikgu Emmet Menulis