Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, Dr Zuridah Hanim Md Akhir berkongsi 12 perkara yang boleh cikgu-cikgu terutamanya Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amalkan bagi mengelakkan tekanan.

12 perkara elak tekanan itu merangkumi seperti senarai di bawah iaitu

1) Sediakan buku catatan kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja untuk mencatat pelbagai perkara mengenai Pusat Sumber Sekolah (PSS).

2) Buat senarai tugasan (Checklist). Letak ‘dateline’.

3) Fokus satu tugas utama dan paling penting. Satu tugas satu masa.

4) Seimbangkan jadual harian. Bekerja, bermesyarakat, keluarga, cari ilmu, beriadah dan rehat.

5) Biasakan diri bekerja di mana sahaja. Guna masa menunggu dan terluang sebaik mungkin.

6) Tulis matlamat dan sasaran. Tampal di tempat yang boleh dilihat sebagai motivasi dan momentum kerja.

7) Senaraikan fail dan tampal untuk memudahkan semakan kerja.

8) Hadkan tempoh mesyuarat. Sediakan senarai dan agihan tugas lengkap sebelum mesyuarat.

9) Sentiasa semak buku panduan PSS abad ke 21 dan instrument PSS cemerlang.

10) Hadkan masa untuk menyelesaikan setiap satu tugasan.

11) Susun ‘folder’ kerja dalam komputer mengikut aktiviti dan perkara. Asingkan mengikut tahun. Elakkan fail bertaburan pada desktop.

12) Jangan bekerja sendirian. Bina pasukan kerja biarpun dengan Pengawas PSS.

Kata Dr Zuridah Hanim, tekanan atau pun stress, mampu dikawal dengan baik sekiranya GPM menemui tip dan teknik yang bersesuaian.

"Apa sahaja bidang yang kita ceburi, pastinya akan berhadapan dengan tekanan.

"Yang penting, kita kena bijak kawal emosi dan urus tekanan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya perkara buruk," katanya yang mengakui perjalanan sebagai GPM merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam kerjayanya.    

Terdahulu, Dr Zuridah Hanim merupakan Ikon GPM Kebangsaan pada tahun 2020.  

Beliau sentiasa meraih pelbagai anugerah sepanjang bergelar pendidik. Antaranya adalah Johan PSS Kebangsaan 2009 (SMK Convent); Anugerah Kualiti KPPM 2009 (SMK Convent); Guru Ikon GPM Negeri Kedah 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003, 2010, 2019.

Guru hebat ini juga pernah diangkat sebagai Guru Ikon Akademik 2013; menerima Anugerah Pengurusan Nilam 2013; GPM Paling Kreatif Kebangsaan 2019 (Undian IFLA Johor 2.0) dan Anugerah Penggalak Budaya Membaca Kebangsaan 2019.

Artikel menarik

‘Ayah bawa lori, ustazah. Mak pula dah tak ada’ – Luahan murid Tahun 6 ini buat ramai sebak!

17 adab yang perlu guru-guru amalkan, ikuti perkongsian Dr Mohd Hasrul