DAH tentu ramai guru yang tercari-cari idea untuk melakukan aktiviti menarik pada hari pertama sekolah.

Dengan pelajar yang baharu, dan suasana sekolah yang baharu, pasti idea-idea menarik diperlukan bagi mewujudkan suasana ceria menyambut pelajar pada sesi persekolahan kali ini.

Jom kita tengok 13 idea aktiviti yang menarik boleh dijalankan pada hari pertama persekolahan!

1) Figure Me Out

Cikgu Matematik sangat dialu-alukan untuk menggunakan idea ini. Beri teka teki kepada pelajar untuk diselesaikan.

 

2) Gallery Walk

Aktiviti kolaboratif yang menggalakkan murid untuk lebih berani menyuarakan pendapat dan idea mereka untuk kelas.

 

3) Hands Up

Pelajar melukis bentuk tangan mereka dengan beserta nama dan juga apa yang mereka ingin capai untuk tahun ini. Kemudian simpan di dalam kelas sebagai peringatan sepanjang tahun.

 

4) Question Ball

Lambung bola dalam kelas, dan pelajar yang menerima harus menjawab soalan yang berada di bahagian depan mereka.

5) M&M Memory

Guru mengagihkan M&M dan kemudian pelajar perlu menceritakan mengikut warna M&M yang mereka ambil / dapat.

6) Tree of Hope

Guru meletakkan pokok berkayu. Pelajar diberikan kertas berbentuk daun. Pelajar menulis nama dan harapan mereka untuk tahun ini. Lekatkan hasil kolaboratif murid sebagai motivasi dan inspirasi sepanjang tahun.

7) Circle of Life

Pelajar membahagikan kertas mereka kepada lapan bahagian. Setiap bahagian perlu ditulis satu maklumat yang wajib disertakan dengan nombor.

8) Switch Sides If

Guru menandakan kelas kepada dua kawasan. Apabila dibacakan soalan, pelajar bergerak ke arah lagi satu mengikut jawapan.

9) Find A Friend BINGO

Guru menyediakan borang dengan pelbagai karakter murid dalam kelas secara rawak. Murid diberi masa tertentu untuk mendapatkan nama rakan mereka mengikut karakter.

10) What Kind of Teacher Do You Want?

Guru menyediakan ruang untuk murid melekatkan apa yang mereka inginkan daripada guru untuk tahun tersebut. Soalan boleh diubah kepada bentuk lain, seperti:

“Apa yang anda ingin belajar / tahu untuk tahun ini?”

“Apa yang anda ingin capai pada akhir tahun ini?”

11) A Great Classmate

Kertas dibahagikan kepada empat bahagian. Pelajar mencatatkan beberapa perkara berkaitan dengan kawan sekelas mereka. Ini bagi tujuan saling mengingatkan mereka, akan tujuan untuk menjadi rakan sekelas yang baik dan sentiasa sokong menyokong.

12) Best Classmate / Best Teacher

Ini juga satu lagi bentuk refleksi kepada murid dalam mengukur sikap mereka terhadap rakan sekelas dan juga guru.

g

13) I Cant Live Without

Bagi mendapatkan idea mengenai murid baharu kita, carta ini juga boleh digunakan bagi membolehkan murid menceritakan hobi dan kegemaran mereka.

Semoga perkongsian 13 idea untuk aktiviti menarik bagi hari pertama persekolahan ini mampu membantu para guru dalam menjadikan hari pertama sekolah sebagai hari yang indah! Selamat mencuba!

Sumber: Blog Cikgu Hailmi

Artikel Menarik:

Nasihat 'deep' Cikgu Hailmi buat guru baru posting - Hadam baik-baik

Guru pendidikan khas bawa anak muridnya sertai Klinik Poket Bike yang tak ramai orang buat

'Jika keluar tanda seperti bisul, segeralah ke hospital' - Guru ini kongsi kematian muridnya