KAUNSELOR Cemerlang MRSM Arau, Mohd Shahid Ahamd berkongsi 13 aktiviti yang menjadi keperluan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM bagi sesi 2019.

Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Shahid yang juga Naib Presiden Persatuan Kaunseling Dan Psikologi Mara (PEKAMARA).

Semoga memberi manfaat kepada semua pelajar

**********

1) Mengetahui destinasi pengajian selepas SPM/STPM

  • Apa destinasi pengajian pilihan anak-anak selepas SPM/STPM.
  • Destinasi pengajian dan bidang pengajian anak-anak harus mempunyai kolerasi dengan personaliti anak-anak.
  • Adakah anak-anak kita sesuai untuk sambung belajar untuk program foundation, asasi, diploma, STPM atau sijil kemahiran.
  • Adakah anak-anak kita telah mememohon UPU online untuk sambung belajar?
  • Oleh itu, penting untuk ibu bapa bawa anak-anak ke Karnival Pendidikan MARA/ Jom masuk IPT
  • Jumpa kaunselor di Karnival pendidikan untuk laksanakan ujian kerjaya serta dapatkan kepastian bidang pengajian yang bersesuain dengan personality anak-anak.
  • Bidang pengajian yang sesuai ini penting untuk kesinambungan minat, kecemerlangan dalam pengajian di university dan kemajuan kerjaya anak-anak dimasa akan datang.

2) Kerja Part Time

  • Penting untuk melihat dan menguji kemampuan pengurusan diri serta sifat berdikari anak-anak.
  • Mempraktiskan kembali ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian diperingkat sekolah menengah umpama kata para hukama “ ilmu tak beramal seperti pokok tidak berbuah”.
  • Pengalaman bekerja juga boleh membantu anak-anak untuk meningkatkan kemahiran individu dan kemahiran sosial.
  • Pengalaman bekerja juga penting sebagai asas rujukan untuk permohonan semasa memohon pekerjaan sebenar.
  • Biarpun begitu, Ibubapa atau pelajar perlu juga mengambil kira tentang faktor pemilihan kerja antaranya

                       - Lokasi tempat kerja.

                       - Gaji.

                       - Simpanan atau skim potongan gaji seperti KWSP.

                       - Tempat tinggal anak-anak.

                       - Keselamatan.

                       - Persekitaran tempat kerja.

                       - Pengalaman kerja tersebuat untuk jangka masa akan datang.

                       - Pengalaman kerja tersebut mampu memotivasikan anak-anak serta meningkatkan jati diri dan minat anak-anak dalam bidang tersebut.

  • Terdapat beberapa bidang pekerjaan yang boleh anak-anak ceburi

                       - Restoran makanan segera.

                       - Butik pakaian.

                       - Pusat beli belah/pasaraya besar.

                       - Panggung wayang.

                       - Kerja kilang.

                       - Hotel.

                       - Syarikat catering.

                       - Agen dropship.

                       - Ajen jualan produk.

                       - Promoter ( pasaraya besar).

                       - Jurujual.

                       - Pembantu kedai runcit.

                       - Kedai makan/restoran biasa.

                       - NGO atau sukarelawan bencana.

 

3) Mengikuti kursus kemahiran jangka pendek

  • Kursus jangka pendek yang ada sijil contoh kursus gunting rambut, menjahit, memasak, buat kek dan vokasional/mekanikal,elaktrikal dan lain-lain.
  • Kursus ini boleh didapati di agensi kerajaan seperti kolej komuniti, giat MARA,  ILP,IKBN , ADTEC ( PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI)
  • Kursus kemahiran komputer.
  • Klinik sukan.
  •  

4) Tingkatkan penguasaan bahasa...belajar baru

  • Kursus Bahasa penting untuk kemajuan kerjaya pada masa akan datang.
  • Contoh Bahasa Kepun, Korea, Arab dan lain-lain.
  • Pengetahuan banyak bahasa ini akan memberi nilai tambah dalam diri anak-anak.
  • Pengetahuan berbahasa juga boleh menjadi sumber pendapatan semasa cuti semester nanti contohnya sebagai  pemandu pelancong atau penterjemah bahasa
  • Boleh belajar secara online atau ke kelas bahasa.

 

5) Ambil lesen memandu

  • Penting untuk kegunaan semasa  di universiti nnti.
  • Pun begitu lesan kederaan bukan alasan untuk anda minta ibubapa anda belikan kenderaan untuk anda.
  • Belajar untuk merasai nikmat gaji sendiri untuk kereta pertama anda.
  • Lesen kereta ini sebagai persedian untuk kegunaan pada masa akan datang.

 

6) Projek komuniti

  • Melaksanakan projek kemasyarakatan contoh projek bersama anak-anak yatim, rumah orang tua dan program motivasi di sekolah.
  • Program seperti penjagaan alam sekitar, fun run, pameran kesihatan komuniti dan kempen derma darah boleh difikirkan untuk dilaksanakan.
  • Projek kemasyarakatan ini adalah inisiatif pelajar yang mungkin dianjurkan bersama rakan-rakan sekolah yang lain.
  • Nanti boleh masuk dalam resume anda.
  • Ini kerana kebanyakan projek yang dilaksanakan di sekolah adalah anjuran pihak sekolah bukan inisiatif pelajar sendiri.
  •  

7) Menjadi guru tuisyen

  • Kelas tuisyen untuk pelajar Tingkatan Lima.( ilmu Tingkatan Lima masih segar dalam ingatan)
  • Home tuisyen.
  • Mohon untuk jadi cikgu tadika.
  • Kekuatan anda adalah cara huraian anda lebih santai dan bersesuain dengan peringkat umur anda dan anak murid anda.
  • Boleh juga mengadakan program motivasi utuk pelajar dengan bantuan rakan-rakan anda.
  • Akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan dalam masa yang sama akan memberi pengalaman berguna dan bermanfaat dalam kehidupan anda.
  •  

8) Mengikuti kelas pengajian agama, tahfiz dan tajwid

  • Sebab belajar ilmu agama ini adalah pengetahuan asas dan sangat berguna untuk masa hadapan nanti.
  • Sedangkan belajar di peringkat SPM/STPM terkadang niat kita tersasar untuk peroleh sijil bukan ilmu pengetahuan.
  • Terdapat banyak intitusi pendidikan agama samada sekolah agama rakyat, mahaad tahfiz dan kelas-kelas agama di masjid
  • Ilmu-ilmu seperti ilmu fiqah, tauhid dan tajwid dan lain-lain ilmu pengetahuan adalah penting dalam kehidupan.
  • Sabda Nabi “Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya maka Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama”. (Bukhari dan Muslim)

 

9) Mencuba outdoor aktiviti

  • Menguji ketahanan mental dan fizikal
  • Menjaga kecerdasan fizikal
  • Contoh...mountain climbing, fun run, jungle trekking, kembara berbasikal
  • Boleh menghilangkan stress dan memperoleh rakan-rakan baru.

 

10) Mengikuti kem motivasi dan jati diri yang lebih berfokus

  • Contoh macam kem smart solat dan kem kesenian
  • Boleh juga mencuba untuk mengikuti kursus-kursus penulisan artikal atau bloger
  • Menambah keyakinan diri
  • Meningkatkan kemahiran sedia ada.

 

11) Masuk kelas seni mempertahankan diri

  • Tekwando.
  • Silat.
  • Mempelajari ilmu silat contoh silat gayong…hidup dengan tok guru silat kat kampung sambil belajar cara hidup orang kampung yang kaya dengan adab dan kesopanan.

 

12) Terbang bersama kawan atau keluarga (Melancong)

  • Meneroka dunia luar.
  • Rehat minda selepas berhempas pulas dalam belajar.
  • Buat travelog aktiviti melancong tersebut. ( belajar menulis)
  • Belajar  budaya masyarakat luar.
  • Lihat kemajuan dan kelebihan negara luar.
  • Meningkatkan petrotisme kepada negara.

 

13) Menjadi ahli yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

  • Banyak aktiviti boleh dilakukan di masjid, buka kelas tuisyen atau apa sahaja yang bersesuaian mengikut kemampuan sendiri dengan kerjasama pihak masjid.
  • Program berkhatam, tolong buat hebahan program masjid di media social, bangun FB masjid, blog masjid, buat pertandingan mewarna, bercerita dan lain-lain dengan kerjasama pihak masjid.
  • Jadi mentara rumah kenduri juga merupakan aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran kemasyarakatan. Jangan pergi makan, kemudian balik, nanti kenduri rumah kita tiada siapa nak tolong.
  • Menghadirkan diri ke masjid bagi mengikuti solat Jemaah dan berterusan berdoa semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM/ STPM nanti, jangan berhenti berdoa.

Semoga bermanfaat

Cikgu Mohd Shahid

Artikel Menarik:

Guru ini perkenal model SURe dan SoCom, murid semangat datang sekolah

10 Tip persediaan sebelum melangkah ke Tingkatan Satu

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan