PESANAN penting untuk calon UPSR. Mohon baca dan hadamkan. 

1. Sebarang bekas atau kotak pensil tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Apa pun bergantung kepada pengawas di sekolah anak kalian.

Jadi, sediakan getah dan ikat peralatan yang ada.

Untuk subjek Matematik, bawa sekali protaktor dan sebatang pensil kayu yang tumpul. Pensil kayu yang tumpul ini digunakan untuk melukis graf palang dan jadual. Kalau tajam, lukisan tak berapa nak jelas.

Oh ya, sediakan juga pensil kayu dalam kuantiti yang banyak. Jika matanya patah, ada pensil lain sebagai ganti. Calon tak ada masa nak mengasah pensil.

2. Bangun awal pada hari peperiksaan. Tapi jangan terlalu awal.

Mulakan pagi dengan solat Subuh dan berdoa semoga dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan.

3. Salam dan cium tangan mak ayah. Minta mereka doakan sama. Sudah pasti restu dan doa dari mereka tersangatlah penting.

4. Dalam beberapa hari ini, buat latihan secara santai sahaja. Jangan terlalu push diri. Lebih baik kukuhkan penggunaan formula dan penukaran unit yang ada. Ini confirm keluar nanti.

5. Dua tahun kebelakangan ini, soalan membina carta palang keluar secara berturut-turut. Fokus kepada soalan ni. Boleh jadi juga membina piktograf akan keluar nanti.

6. Pada pagi hari kejadian, mandi lama sikit. Basahkan kepala dengan shower yang ada sambil pejam mata. Ini juga satu terapi. Boleh tenangkan diri.

7. Pada hari kejadian juga, suntikkan kata-kata motivasi pada anak-anak. Supaya motivasi mereka terus meningkat dan bersemangat ketika menjawab.

8. Pada hari kejadian, cukup sekadar baca nota ringkas sahaja.

9. Mulakan menjawab peperiksaan dengan doa. Dalam bahasa Melayu pun tak apa. Yang penting ikhlas dari hati dan jiwa.

10. Selesai sahaja satu-satu kertas peperiksaan, jangan di bincang. Yang lepas itu sudah. Biarkan sahaja. Fokus untuk kertas esok hari.

11. Jika ada astro di rumah, sambil makan dan rehat, tontonlah rancangan tutor UPSR. Membantu untuk mengukuhkan pengetahuan anak-anak kita.

12. Yang penting, calon mestilah dapatkan tidur dan rehat dengan secukupnya. Makan sedap-sedap dan jaga kesihatan diri.

13. Tenang-tenang sahaja. Anak kalian dah usaha dengan sehabis baik. Jadi apa pun keputusannya, itulah yang terbaik.

14. Dan yang terakhir, banyakkan amalan bersedekah. Pasti urusan kalian sekeluarga akan dipermudah.

Moga berjaya!

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Cikgu Matematik Tahun Enam

Tip Menarik:

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal

UPSR: Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul...calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam