SESI persekolahan 2020 baru sahaja bermula. Saat ini, tentunya ada segelintir mak ayah yang mempunyai anak Tahun Satu dan tadika masih berada di sekolah bagi memantau anak-anak.

Kafa Integrasi Al-Ehsaniyyah menerusi laman facebooknya, ada memuat naik posting berkenaan 'peringatan mesra' khusus buat ibu bapa berkenaan.

Jom semak, apa pesanan pihak sekolah Kafa kepada mereka.

(Khusus buat ibu ayah yang anak di Tahun Satu dan tadika)

1) Jangan beli barang mahal. Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.

2) Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dapat belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna.

3) Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yang betul. Nak buka zip khususnya...tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye...berjam nak buka tali pinggan nanti.

4) Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah.

5) Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.

6) Jangan bawa bekal McD/ KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.

7) Potong kuku anak...nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik.

8) Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya. Kalau hilang...pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari.

9) Ajar anak jangan lap mulut pada lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa.

10) Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap.

Lepas anak masuk kelas, sila balik. Kena percaya pada cikgu dan anak. Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.

11) Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan. Cikgu tak ada masa nak jawab. Jangan minta suruh post gambar anak. (Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama).

12) Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy!

13) Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala.

14) Pesan pada anak...banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi gorilla.

15) Jangan bagi duit banyak pada anak. Sebab bukan nak shopping di Sogo. Anak tak sempat lapar di sekolah sebab dia lagi suka main.

16) Google tarikh persekolahan 2020. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila.

Sumber: Facebook Kafa Integrasi Al-Ehsaniyyah

Artikel Menarik:

'Saya terpaksa tinggalkan kamu semua...maafkan cikgu, maafkan cikgu'

Murid enggan jawab soalan ketika ditanya, ini yang Cikgu Herryan Syah lakukan. Menjadi!

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM