SERAMAI 20 guru yang menyertai Bengkel Cikguku Cantik bersama Nurish Organiq 24K Gold teruja apabila berpeluang mendapat pelbagai maklumat dan tip  mengenai penjagaan kulit.

Peserta turut diberi pendedahan bagaimana untuk memilih produk penjagaan kulit yang selamat, bebas daripada tujuh bahan berbahaya dan paling penting, suci  lagi halal.

Berlangsung di Positano Risto, Publika, Kuala Lumpur, 13 Oktober lalu, mereka diberi penerangan betapa pentingnya memilih set  penjagaan kulit yang dijamin selamat.

Wan Normi ketika memberi alu-aluan kepada peserta CikguKu Cantik.

 

Berkonsepkan Reveal Your Beauty, bengkel disertai guru berumur 25 hingga 45 tahun dari sekitar Lembah Kelang. 

Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia Sdn  Bhd, Corina Lee berkata, rangkaian penjagaan kulit wajah Nurish Organiq 24k Gold disahkan halal oleh Jakim dan dirumus khas untuk wanita aktif berhijab yang ingin kekal cantik.

“Produk penjagaan kulit ini menjaga keremajaan wajah supaya sentiasa berseri dan segar, oleh itu penjagaan kulit haruslah bermula daripada muda agar kulit  sentiasa sihat, berseri dan kekal jelita,” jelasnya.

Katanya, mula dipasarkan sejak 2018, Nurish Organiq 24K Gold dirumus dengan 100 peratus ekstrak bahan semulajadi dengan teknologi anti penuaan memberi lima kali kesan keanjalan kulit.

Celoteh pengacara majlis, Naniroc memang menggamatkan suasana.

 

“Rangkaian penjagaan kulit wajah ini dirumus dengan emas 24K, Aqua Collagen dan buah delima organik yang amat berkesan untuk mengawal tanda penuaan  serta meningkatan keanjalan kulit,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, keberkesanannya terbukti di mana kebanyakan pengguna mengesahkan  peningkatan dalam keanjalan, kelembapan kulit dan saiz pori lebih  kecil sejak menggunakan Nurish Organiq 24k Gold.

“Produk ini diuji secara dermatologi, 100 peratus halal dan mematuhi kehendak syariah, oleh itu pengguna muslim boleh gunakan tanpa was-was,” katanya. 

Sementara itu, Editor GPS Bestari, Wan Normi Hasan dalam ucapannya berkata, Bengkel Cikguku Cantik bersama Nurish Organiq 24K Gold bertujuan memberi  kesedaran kepada guru mengenai pentingnya menggunakan produk penjagaan kulit yang selamat tanpa bahan berbahaya.

Peserta CikguKu Cantik teruja mencuba Produk Nurish Organiq 24K Gold.

 

Beliau berharap bengkel yang menjadi salah satu aktivti Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) memberi banyak manfaat kepada guru dan berkongsi dengan  rakan-rakan serta pelajar apabila mereka kembali ke sekolah.

Bengkel turut dimeriahkan dengan demonstrasi solekan oleh jurumekap artis  terkenal, Ann Karim dan langkah demi langkah lilitan tudung oleh Divascarf.

Turut diadakan kuiz, pertandingan mekap, pemilihan ‘My Gorgeous and  Fabulous Teacher’ dan cabutan bertuah yang hadiah disumbang Adabi dan Shopee.

Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Effi nggam, Shoba  Anpazagan dinobat sebagai pemenang ‘My Gorgeous and Fabulous Teacher’.

Corina (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ann  Karim sebagai penghargaan berkongsi tip dan demo solekan kepada peserta.

Guru SJKT Effingham, Petaling Jaya, Shoba Anpazagam (dua kanan) memenangi The Great and Fabulous Teacher dengan membawa pulang hadiah
bernilai lebih RM700 daripada Nurish Organiq 24K Gold, Shopee dan Adabi. Turut kelihatan Grup Pengurus Pengiklanan,  Noor Shazlina Addenan (kiri) Wan Normi (dua kiri) dan Sakinah Amirah.

REAKSI

Artikel manarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

I Force hasil inovasi guru Fizik ini menang pelbagai anugerah buatkan subjek Fizik semudah 1,2,3

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!

Murid Tahap Satu masih belum kuasai Matematik? Guru subjek ini kongsi tip untuk ibu ayah ikut