SEMPENA pembukaan semula prasekolah-prasekolah di Malaysia, Guru Sains, Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Miri, Sarawak, Ahmad Zulhilmi Mohammad berkongsi 25 Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah untuk rujukan semua.   

Garis panduan ini sesuai dijadikan senarai semak untuk membantu persediaan oleh guru, pentadbir, ibu bapa/ penjaga dan murid-murid prasekolah.

Ini panduannya.

1) Pentadbir perlu beri penerangan kepatuhan norma baharu kepada ibu bapa/penjaga.

2) Kemudahan cuci tangan dan pengimbas suhu disediakan oleh sekolah.

3) Saringan suhu badan dilakukan di pintu masuk.

4) Kedudukan murid ditetapkan dengan jarak sosial.

5) Kelas perlu sentiasa bersih dan murid mesti cuci tangan sebaik tiba di kelas.

6) Bilik isolasi disediakan bagi murid bergejala sebelum dibawa untuk rawatan.

7) Guru sentiasa pakai pelitup muka

8) Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan memasuki sekolah terutamanya mereka yang bergejala.

9) Tiada aktiviti berkumpulan atau melibatkan sentuhan.

10) Murid tidak berkongsi bahan dan peralatan serta bersih selepas digunakan.

11) Ibu bapa pastikan anak-anak dalam keadaan sihat.

12) Ibu bapa patuh tatacara masuk, hantar dan ambil anak mengikut waktu ditetapkan.

13) Pemakaian pelitup muka adalah digalakkan dan pastikan pemakaian bagi anak yang berimuniti badan rendah.

14) Murid tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan atau minuman kecuali dibenarkan.

15) Penglibatan PdP pihak luar secara bersemuka tidak dibenarkan.

16) Guru dan murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti PdP.

17) Penggunaan bahan dan peralatan dihadkan.

18) Bahan dan peralatan disinfeksi sebelum dan selepas digunakan.

19) Aktiviti PdP luar bilik darjah hanya dilaksanakan dipersekitaran bilik darjah dengan penjarakan sosial.

20) Penggunaan kemudahan dan alat permainan luar tidak dibenarkan.

21) Lawatan sambil belajar dalam/ luar kawasan tidak dibenarkan.

22) Pastikan penjarakan sosial semasa waktu rehat.

23) Murid makan di tempat masing-masing dan bersihkan meja.

24) Tidak dibenarkan berkongsi makanan dan peralatan makan minum.

25) Ibu bapa/ penjaga digalakkan membawa anak-anak jagaan terus pulang ke rumah.

Turut disediakan video panduan ringkas yang dihasilkan oleh Cikgu Ahmad Zulhilmi.

Klik di sini: https://www.youtube.com/watch?v=wzQiHK7XsW0

Artikel menarik:

Ketahui 18 SOP sesi persekolahan PKPP

Murid digalakkan bawa bekal ke sekolah

Julai bakal jadi bulan sibuk untuk pelajar, guru dan ibu bapa