MINAT Matematik sejak usia 7 tahun.

Inilah titik permulaan langkah kejayaan pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2, Yaashwin Sarawanan.

Seawal usia 7 tahun, Yaashwin telah menyertai kelas khas iaitu Kelas Mental, Abakus dan Aritmetik Mental yang bertujuan melatih keupayaan otak untuk mengira tanpa bantuan sebarang alat pengiraan.

Dalam kelas tersebut, Yaashwin telah diajar menggunakan sempoa untuk mengira.

"Guru ajar saya guna sempoa dalam setiap latihan. Bila kita semakin handal guna sempoa, mereka akan ambil sempoa tersebut dan seterusnya ajar saya guna minda pula. Cara inilah yang dikatakan Aritmetik Mental," katanya.
Yaashwin telah menamatkan kelas khas itu pada usianya 13 tahun. Dia kemudiannya mengambil inisiatif untuk belajar sendiri dengan panduan google dan youtube bagi mengukuhkan lagi keupayaan mindanya.

Tiga tahun lalu, minatnya kepada nombor semakin serius sehingga dia membuat keputusan untuk menyertai 'Asia's Got Talent'.

Ternyata dia membuat keputusan tepat apabila kemunculan pertamanya berjaya membuatkan tiga orang juri yang cerewet itu ternganga kerana kagum dengan kepintaran yang ditunjukkan.

Sehinggalah dia terpilih ke peringkat akhir dan ketika artikel ini ditulis Yaashwin sedang dalam perjalanan ke Marina Bay Sand, Singapura untuk peringkat akhir pertandingan yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu pada 4 April nanti.

Yaashwin sempat berkongsi pemikirannya mengenai stigma orang ramai terhadap Matematik.

“Sebab utama mengapa orang lemah dan tidak berminat dalam matematik adalah kerana mereka banyak bergantung kepada kalkulator," katanya.

Kata Yaashwin, dia percaya perkara itu boleh diperbaiki dengan meminimumkan penggunaan kalkulator dan meningkatkan penggunaan pengiraan mental.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.924608.1554518655!/image/image.png

Ikon sekolah
Yaashwin akan dilantik sebagai Ikon Sekolah.

Itu kata Pengetua SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Ahmad Ezzat Ismail kepada GPS Bestari selepas berakhirnya sidang media ‘Yaashwin Sarawanan, Manusia Kalkulator’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long.

Menurut Ahmad Ezzat, kejayaan Yaashwin yang berjaya ke peringkat akhir dalam 'Asia’s Got Talent' begitu membanggakan sekolah apatah lagi penyertaannya itu adalah pencapaian tertinggi sekolah setakat ini.
“Sebagai pengetua, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik buat Yaashwin dalam pertandingan berprestij itu. Kita doakan Yaashwin membawa kejayaan untuk Malaysia,” katanya.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.924609.1554518792!/image/image.png

Ahmad Ezzat

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Canselor UTAR Tun Dr Ling Liong Sik; Penolong Setiausaha Pergerakan Mentafsir Mental (MMLM)

Lim Guat Yen; Ketua Juri Pertandingan Kiraan Mental, West Wong Guru; Penyelaras Unit I-THINK SMK Bandar Tun Hussein Onn, Nazariah Mohd Nathri; Sarawanan Murugaiah (bapa) dan Kamargai Munisamy (ibu) serta Praavin (adik).

Bapa Yashwin, merupakan seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat pelancongan manakala ibunya suri rumah.

Sebelum ini, Yaashwin pernah menjadi johan dalam Pertandingan Abakus dan Mental Arithmetik peringkat Antarabangsa 2017.

Sementara itu, Yaashwin yang digelar sebagai Manusia Kalkulator Malaysia memberi jaminan akan memberi aksi terbaik pada peringkat akhir Asia’s Got Talent, minggu hadapan.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Canselor UTAR Tun Dr Ling Liong Sik; Penolong Setiausaha Pergerakan Mentafsir Mental (MMLM)

Lim Guat Yen; Ketua Juri Pertandingan Kiraan Mental, West Wong Guru; Penyelaras Unit I-THINK SMK Bandar Tun Hussein Onn, Nazariah Mohd Nathri; Sarawanan Murugaiah (bapa) dan Kamargai Munisamy (ibu) serta Praavin (adik).

Bapa Yashwin, merupakan seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat pelancongan manakala ibunya suri rumah.

Sebelum ini, Yaashwin pernah menjadi johan dalam Pertandingan Abakus dan Mental Arithmetik peringkat Antarabangsa 2017.

Sementara itu, Yaashwin yang digelar sebagai Manusia Kalkulator Malaysia memberi jaminan akan memberi aksi terbaik pada peringkat akhir Asia’s Got Talent, minggu hadapan.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.924610.1554518980!/image/image.png

'Saya penghibur'
Dalam pada itu, Yaashwin berkata, dia tidak mahu terlalu yakin untuk memenangi pertandingan berprestij itu tetapi mahukan penonton terhibur dan memberikan inspirasi kepada mereka.

“Saya menganggap diri saya sebagai penghibur, bukannya manusia kalkulator. Bermain dengan nombor adalah sangat menyeronokkan bagi saya dan inilah yang akan saya persembahkan kepada semua penonton nanti,” katanya.

Sementara itu, Sarawanan berkata, Yaashwin sememangnya seorang anak yang cukup berdisiplin dan sangat rajin membuat latihan.

“Setiap hari, dia akan peruntukkan masa selama 10 minit untuk berlatih mengira dengan pantas.
“Bila sedang berlatih dalam bilik, memang saya dan isteri tak akan ganggu dia kerana tahu, dia akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dia sedang lakukan,” katanya.
Sarawanan melahirkan rasa bangganya kerana memiliki Yaashwin sebagai anak.

Terdahulu, Yaashwin telah memukau penonton dan David Foster, Anggun dan Jay Park selaku juri Asia’s Got Talent dengan kemahirannya melakukan kiraan tanpa menggunakan kalkulator.

Memulakan persembahannya, Yaashwin telah memberikan sebuah kalkulator kepada David dan meminta juri untuk melakukan kiraan dengan bantuan kalkulator tersebut.

Tanpa sebarang peralatan pada tangannya, Yaashwin berjaya menjawab setiap pengiraan dengan tepat dan pantas sekali gus ‘mengalahkan’ kalkulator yang ada pada tangan David waktu itu.

Video uji bakat itu telah meraih lebih daripada 700,000 tontonan di YouTube dalam masa dua hari sekali gus membuatkan netizen amat mengagumi keupayaan Yaashwin untuk melakukan kiraan lebih pantas berbanding kalkulator!
ARTIKEL BERKAITAN: GPS Bestari dihubungi pegawai menteri.. Yaashwin bakal terima penghargaan daripada KPM

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.924611.1554519208!/image/image.png

Yaashwin (kiri) menunjukkan kemahirannya kepada Liong Sik (tengah) dan Ahmad Ezzat.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.924613.1554519290!/image/image.png