Ramai ibu-ibu yang risau anak belum pandai menulis walau berumur 5 atau 6 tahun.

Masuk sekolah, tapi masih terkial-kial nak menulis.

 

Jangan risau sangat ibu..

Jangan risau jika kita ambil tahu perkembangan anak anak dan berusaha membantu

Yang perlu risau adalah bila kita tak pernah ambil tahu

Atau bila tahu pun kita tak berusaha nak buat sesuatu

 

Satu kita kena ingat..

Biarpun anak dah ke sekolah

Tapi di sekolah cikgu tak menghadap anak kita seorang

Ada ramai budak lain

Dan pastinya cikgu tak boleh beri 100% perhatian pada anak kita sorang.

 

Nak tak nak..

Ibu bapa memang kena bantu di rumah

Paling cun kalau sebelum daftar anak ke sekolah, kita sebagai mak-mak dah biasakan anak-anak dengan skill memegang pensel yang betul.

 

Tak apa..

Segalanya belum terlambat

Asalkan mak-mak dan ayah-ayah tak pernah putus asa nak bantu anak sendiri.

Selagi mak ayah tak serah bulat-bulat pada pihak sekolah dan buat tak tahu pada anak di rumah.

Saya suka ingatkan diri saya..

Baik buruk anak saya, sayalah yang kena mencorakkan mereka

Sayalah yang kena berusaha beribu kali ganda dari cikgu-cikgu di sekolah kerana ini adalah anak saya.

Cikgu-cikgu tugas mereka membantu kita mendidik anak-anak kita

Mereka membantu..

Kita yang bertanggungjawab ke atas semuanya.

Kita kongsi apa yang boleh mak ayah lakukan..

1) Tetapkan satu fokus pada satu ketika.

Contohnya.....

Jika nak anak pandai memegang pensel dan menulis dengan baik, fokuskan usaha kita ke arah itu. Pastikan aktiviti menulis kita lakukan setiap hari bersama anak anak.

Ada atau tidak homework yang diberi oleh cikgu, kita tetap akan ajak anak menulis.

Jangan tunggu ada homework baru nak menulis.

Jadikan aktiviti menulis itu satu rutin wajib hingga anak dah pandai menulis dengan baik.

 

2) Nak menulis kena pegang pensel dengan betul. Mulakan dengan mengikat getah di pensel macam yang saya tunjukkan dalam gambar. Kemudian pegang tangan anak dan mula menulis mengikut garisan dot dot.

Kena ingat.. kita hanya pegang dengan longgar dan memandu tangan anak menulis, bukan menekan tangan anak menulis. Makin lama kita perlu longgarkan pegangan kita bila anak dah boleh mengikut garisan dot dengan baik.

Selagi anak belum mampu mengikut dengan baik.. selagi itu kita kena pegang dan memandu tangannya. Jangan biar anak buat sendiri. Jangan biar dia suka-suka hati menulis tanpa mengikut garisan yang betul kerana nanti dia terbiasa menulis sambil lewa.

Pegang tangan anak jangan lepas, sambil menulis sambil puji anak.

Tak cantik pun wajib lah memuji sebab menulis ni satu aktiviti yang bosan.

Kalau kita tak berkomunikasi dengan anak masa ni, mereka akan mudah mengalah dan kian bosan nak terus menulis.

Ingat.. jangan penat pegang tangan anak.

Tulislah sambil terus memuji mereka.

 

3) Bagi yang baru nak belajar menulis.. ia perlu fokus

Satu kesilapan biasa di rumah, kita suruh anak menulis atau buat homework, tapi kita tengok tv. Atau kita biar TV terpasang dan anak menulis depan tv.

Ini satu kesalahan yang sangat merugikan.

Kita biar fokus anak terbelah dua.

Macam mana mereka nak kuasai satu-satu kemahiran kalau fokus dah terbahagi.

Jadi.. nak ajar anak, hiburan itu kena kita korbankan.

Tutup tv.. fokus pada anak

Bawa anak duduk di meja dengan posture duduk yang betul

Jangan meniarap.. jangan buat kerja menulis di tengah-tengah riuh rendah TV terpasang.

Iya.. satu kita kena ingat..

Dalam usaha nak besarkan anak-anak

Memang banyak kepentingan diri yang harus kita korbankan

Tapi percayalah.. ia amat berbaloi.

 

4) Anak cepat jemu.. menulis sikit dia akan jemu

Jadi adakan break time.

Menulis 10 minit.. kemudian beri break time 10 minit.

Beri peluang dia nak main masa break time

Kemudian kita ajak menulis lagi

Kemudian break time lagi.

Jika menulis berterusan, memang lama-lama semua huruf pun mula nak condong kemalasan.

Jadi konsep 10-10 ni akan meredakan sikit lenguh dan penat anak menulis.

 

5) Saya suka tunjukkan pada anak tulisan tangan orang lain yang cantik.

Saya beri mereka bandingkan tulisan cakar ayam atau tulisan yang tidak kemas

Biar anak tengok sendiri

Biar mereka pilih tulisan mana yang lebih cantik

Anak-anak ini bukan tengok saja

Mereka akan fikir dan mula suka tulisan yang macam mana

Di sinilah kita jangan pernah penat mengajak anak-anak terus menulis untuk dapatkan tulisan yang cantik.

Ingat.. jangan lupa ye..

Sambil tulis sambil memuji.

 

Ini serba sedikit yang mak-mak boleh lakukan di rumah

Kalau ayah-ayah boleh bantu, lagi best.

Anak-anak akan lihat kesungguhan kita bantu mereka.

Dan Allah juga melihat kesungguhan kita sebagai ibu bapa.

Kita dah berusaha

Allah tak mungkin sia-siakan semua.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Facebook Move On Reyna Ibrahim

ARTIKEL MENARIK:

Nak elak pembentangan hambar dalam kelas..ini 6 tip penting untuk rujukan guru

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang

Jadikan persediaan Ramadan seolah-olah mahu duduki peperiksaan..guru ini beri tip manfaat

Patutlah pelajar cemerlang dalam pelajaran..rupa-rupanya ada 8 'rahsia tersimpan' dimiliki mereka