Sejak kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diperkenalkan, kita boleh lihat betapa pesatnya penggunaan e-learning dalam kalangan guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Pelbagai laman dan juga aplikasi yang dikongsikan oleh guru kepada ibu bapa untuk kelangsungan pembelajaran anak-anak di rumah.

Menerusi portal CIKGU AYU DOT MY, perkongsian berkenaan penggunaan aplikasi telegram menarik perhatian penulis untuk diketengahkan kepada guru, ibu bapa dan juga murid.

Mungkin dengan aplikasi ini, boleh menjadi penyambung pembelajaran mudah alih.

Jom ikuti apa kata Cikgu Ayu tentang aplikasi tersebut.

Cara menggunakan aplikasi telegram

Aplikasi telegram boleh dimuat turun melalui Apps Store dan juga PlayStore, ibu bapa yang menggunakan sistem Android dan iOs sama-sama dapat menggunakan aplikasi ini.

Telegram boleh digunakan di telefon pintar dan juga komputer.

Ibu bapa dan guru boleh install melalui https://desktop.telegram.org/. Windows ataupun MacOS masih boleh akses Telegram.

Semasa pendaftaran kali pertama, sememangnya perlukan nombor telefon. Jika tidak mahu berkongsi nombor telefon dengan anak-anak, ibu bapa boleh mendapatkan nombor telefon YES secara percuma.

Belajar langkah demi langkah melalui telegram

Saya lebih suka berinteraksi secara langsung dengan murid. Jika dibandingkan dengan menghantar pautan dan saya sendiri sukar berinteraksi, saya pilih untuk komunikasi terus.

Segala bahan soalan atau nota dikongsikan. Murid akan dibimbing langkah demi langkah. Kiranya seperti dalam kelas, ada set induksi, sesi penyampaian isi, penilaian dan juga plenary.

Saya akan berada di talian sekurang-kurangnya 90-120 minit bersama murid pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Dalam selang masa yang ada, murid boleh membuat latihan atau bacaan. Sekiranya ada yang kurang faham, boleh ajukan soalan dalam group Telegram.

Kelebihan belajar melalui aplikasi telegram

Terdapat banyak kelebihan menyusun murid-murid kelas cikgu ke kumpulan telegram. Buatkan satu group dan jemput ibu bapa murid berkenaan untuk sertai.

Berikut merupakan antara sebab mengapa saya lebih sukakan telegram berbanding yang lain, lebih-lebih lagi aplikasi Whatsapp.

1) Lebih mudah mengawal interaksi

Interaksi yang terkawal lebih membantu kesemua ahli fokus kepada isi pembelajaran. Hantaran mesej atau gambar nakal yang boleh mengganggu konsentrasi, boleh dipadam tanpa jejak oleh admin atau owner.

Guru juga boleh menetapkan tetapan (setting) sama ada ahli boleh menghantar teks sahaja, teks dan pelekat (stickers), boleh menghantar dokumen atau sebagainya.

2) Segala bahan tersimpan dalam Cloud

Segala bahan yang dikongsikan akan tersimpan dalam Cloud, tidak kiralah sama ada audio, gambar, video, dokumen, animasi dan berbagai-bagai bahan yang lain. Bahan-bahan ini tidak mengganggu storage telefon kita.

3) Pembinaan kuiz menggunakan QuizBot

Terdapat QuizBot yang membantu kita sediakan tugasan kepada murid. Murid tidak perlu keluar daripada aplikasi tersebut. Sama-sama jawab soalan dan sama-sama lihat pencapaian.

4) Mudah untuk mengesan isi pembelajaran terdahulu

Guru-guru boleh mengesan melalui chat history, boleh juga maksimakan penggunaan # supaya lebih tersusun. Contohnya, #nota, #homework, #pengumuman dan lain-lain lagi. Gunakan sahaja butang search untuk mencarinya. Murid tidak dapat bersama semasa guru online? Jangan risau, history chat ada.

5) Channel untuk hubungan sehala

Ada juga guru yang membuka ruangan Channel. Channel merupakan medium sehala, sesuai untuk perkongsian makluman ataupun nota. Melalui Channel, hanya admin sahaja yang boleh lihat siapa yang berada didalamnya.

Saya belum berkeperluan untuk buat channel untuk kelas, cuma ada channel Cikgu Ayu dot My untuk hebahan perkongsian. Jemput sertai jika masih belum jejak di sana [https://t.me/cikguayudotmy].

Sumber: Portal CIKGU AYU DOT MY

Artikel menarik

Inovasi APO raih pelbagai anugerah, rupa-rupanya ini yang penyelidik UTeM buat. Mengejutkan ramai!

Ditemani ibu atau ayah, tiga beradik daki bukit untuk akses internet