Taiwan

Taiwan tidak menutup sekolah kerana wabak Covid-19 namun telah melaksanakan beberapa prosedur seperti setiap murid perlu diperiksa suhu badan dan menggunakan plastik pelindung di atas meja.

Jepun

Sekolah di negara Matahari Terbit dibuka pada 25 Mei lalu. Murid sekolah dipecahkan kepada tiga kumpulan yang akan menghadiri kelas bagi masa yang berbeza. Selain itu setiap meja diletakkan jarak satu meter.

Korea Selatan

Murid sekolah akan diperiksa suhu badan setiap hari dan tempat duduk dijarakkan satu meter antara satu sama lain. Selain itu pelindung plastik juga digunakan di setiap meja. Sekolah di negara ini dibuka pada 20 Mei lalu.

Denmark

Denmark merupakan negara Eropah pertama membuka semula sekolah akibat Covid-19 pada 15 April lalu. Semua tempat duduk murid diletakkan pada jarak dua meter antara satu sama lain.

Norway

Sekolah rendah di Norway dibuka pada 20 April lalu dengan mensyaratkan setiap kelas tidak lebih daripada 15 murid. Bagaimanapun, sekolah menengah dan universiti masih tidak dibenarkan beroperasi.            
 

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi