MENJELANG hari pembentangan Belanjawan Negara 2019 Jumaat  ini, GPSBestari telah menemubual guru-guru tentang harapan mereka.

Ini harapan seorang guru juga kakitangan awam.

 

"Saya amat berharap Bajet 2019 akan memberi berita gembira kepada kami warga pendidik. Moga kami mendapat peruntukan pendidikan agar kami dapat  melaksanakan lebih banyak aktiviti tanpa perlu cari penaja dari luar. Begitu juga kenaikan gaji dan bonus. Tidak lupa juga beban guru berkaitan kerja pengkeranian dan sebagainya dapat dikurangkan."

- Ruaidah Mohd Junoh

Guru Perpustakaan & Media SMK Kompleks Padang Jambu, Terengganu.

 

 

"Peruntukkan pendidikan untuk sekolah ditambah. Itu sangat penting bagi kami merancang pelbagai aktiviti tahunan kepada pelajar. Selain itu, kami perlu kebajikan kami lebih terpelihara. Kami berharap pihak kerajaan boleh menubuhkan satu badan atau jawatan kuasa yang akan menjaga kebajikan guru-guru."

- Azhar Yahya

Guru Pendidikan Islam, SK Layang-Layang Kanan, Perak

 

"Sempenan Bajet 2019 ini, saya berharap bebanan kerja-kerja guru dapat dikurangkan agar kami lebih komited mendidik murid-murid.

- Nor Salviah Lukman

Guru Pendidikan Islam SK Pusat Dungun, Terengganu.

 

"Saya fokus kepada bahagian saya iaitu guru perpustakaan dan media, saya berharap agar peruntukkan geran bagi pusat sumber ditingkatkan lagi bagi memberi manfaat secara menyeluruh kepada murid kami seperti tambahan buku, keselesaan pusat sumber dan sebagainya."

- Che Rohani Che Ngah

Guru Media & Pusat Sumber SK Pusat Dungun, Terengganu.

 

"Saya mengharapkan peruntukkan di sekolah-sekolah dipertingkatkan untuk manaikkan pencapaian dan prestasi Bahasa Inggeris kepada murid seluruh negara  amnya"

- Kamariah Abdul Karim

Guru Bahasa Inggeris SK Pusat Dungun, Terengganu.

 

"Bagi saya satu harapan untuk membaik pulih bengkel untuk kemudahan pelajar."

- Siti Nor Laili Sarji

Guru Reka Bentuk & Teknologi SMK Perimbun, Cheras

 

"Kemudahan dalam bilik darjah.. contohnya projektor yang memang pernah ada tapi dari segi 'maintenance' yang tiada. Kebanyakkan cikgu pakai duit sendiri untuk semua benda."

- Nurul Nadia Mohd Izazi

Guru Geografi SMK Perimbun, Cheras