Apabila sebut mengenai baju sukan kegemaran sudah pasti ia membayangkan pelbagai jenis jenama yang menjadi pilihan khususnya dalam kalangan guru.

Antara sesuatu jenama itu dipilih disebabkan keselesaan, kualiti kain, rekaan atau corak serta harga yang berpatutan.

Jom kita lihat baju sukan pilihan guru kita.

Nordiana Nordin, 35

Guru SMK Seri Intan

"Baju sukan jenama Nike menjadi pilihan kerana selesa dan harga mampu milik. Kedai yang menjadi kegemaran untuk beli baju sukan adalah di Al-Ikhsan."

Azman Ismail, 55

Guru SMK Sultan Abdul Jalil (SSAJ)

"Saya suka jenama Adidas dan saya telah mula pakai jenama tu sejak lebih 40 tahun lalu. Saya tiada pilihan lain hanya setia pada satu jenama saja."

Normala Tunof, 33

Guru SMK Dato’ Usman Awang

"Saya selalu beli jenama Adidas dan Nike kerana suka dengan 'design' kedua-dua jenama tersebut dan memenuhi citarasa.

Abdul Rahman Mohd Nor, 54

Pengetua Cemerlang SMK Tinggi Kluang

"Jenama Diadora jadi pilihan saya kerana ia selesa, bila pakai tu rasa sejuk sebab kualiti kainnya dan dari baju sampai kasut saya guna jenama yang sama."

Rafiz Mohd Salleh, 39

Guru SMK Sri Intan

"Saya lebih selesa beli baju sukan jenama Adidas kerana kualiti kain sangat baik, selesa dipakai dan design yang menarik dan terkini."

Hanif Omar, 37

Guru SMK Tengku Aris Bendahara

"Saya lebih gemar pilih jenama Adidas kerana menepati cita rasa saya dan banyak design yang menarik."

Noor Azura Jafferi, 44

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tengku Aris Bendahara

"Jenama baju sukan yang digemari ialah Adidas. Ini sebab jenama tersebut mempunyai kemasan jahitan yang tinggi. Warna baju sukan jenama Adidas juga kebanyakannya adalah daripada warna terang, sesuai dengan personaliti si pemakai."