BAGI menaik taraf sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan tahun 2019.

Kerajaan naik taraf dan selenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

- Sekolah Kebangsaan RM250 juta

- SJKC RM50 juta

- SJKT RM50 juta

- Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta

- Maktab Rendah Sains Mara RM50 juta

- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta

- Sekolah Mubaligh RM50 juta

- Sekolah Tahfiz RM50 juta

- Sekolah Pondok Berdaftar RM25 juta

- SMJKC/ Comforming School RM15 juta

- Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) RM12 juta

Peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai. RM100 juta juga akan diperuntukkan bagi pembinaan semula sekolah usang.

Semua sumbangan untuk menaik taraf sekolah dikecualikan daripada cukai mulai 1 Jan 2019.

Program Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang melibatkan 70,000 belia berumur 15 hingga 30 tahun dengan peruntukan RM70 juta.

 

BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM GRED 54 KE BAWAH, RM250 UNTUK PESARA

Tahniah cikgu-cikgu..