Rumah tenggelam, jalan terputus, kerosakan demi kerosakan, antara situasi sebenar banjir di beberapa negeri di Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, hanya itu yang mampu diluah tatkala melihatkan gambar-gambar kemusnahan yang dikongsi warganet di media sosial.
Lebih menyedihkan, ada di antara sekolah turut mengalami kerosakan teruk, ekoran banjir besar yang melanda negara.
GPS Bestari kongsi 11 sekolah yang terlibat dengan bencana bah kuning kali ini. Semoga akan ada yang sudi untuk turun menghulurkan bantuan dan sama-sama membuat pembersihan pasca banjir.
SK Jeram Landak, Kuala Lipis
Guru Besar SK Limau Purut, Cikgu Abdul Manaf Mat turut turun sama membantu
Keletihan selepas membuat pembersihan
SK Seri Budiman 1, Kuala Terengganu
Keadaan bilik guru yang dipenuhi banjir
SK Paya Bungor, Pahang
Sebahagian sekolah yang ditenggelami banjir
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis
Hampir keseluruhan sekolah dipenuhi air
'
Laluan berjalan kaki sekolah
Sayaup mata memandang, air memenuhi keseluruhan sekolah
Keadaan di padang sekolah
Kesan air selepas banjir surut
Sekolah di kelilingi air
Kesan bah kuning di Kuala Lipis
Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia, Pekan Pahang
Air yang memenuhi kawasan sekolah
Pintu masuk sekolah
Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Dungun
Kesan lumpur memenuhi ruang
Perlukan usaha untuk membersihkan kesan lumpur yang melekat
Air surut, tinggal lagi proses pembersihan pula
Kesan kedalaman air
Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim Kuala Lipis
Lumpur memenuhi keseluruhan bahagian ini
Perlukan masa untuk kembalikan sekolah ini kepada asal
Pintu utama masuk ke sekolah
Barang yang rosak sudah dikumpulkan
Pokok bunga turut disaluti lumpur
Kerosakan yang begitu menyentuh jiwa
Keadaan di dalam kelas
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Kerusi yang tersangkut di kipas
Sekolah Agama Kangkar Tebrau
Dewan peperiksaan yang dipenuhi air
Sekolah Kebangsaan Guai, Temerloh, Pahang
Bah kuning yang dalam
Sekolah Kebangsaan Nanga Trusa Sungai Belawai Kapit
Operasi mencuci sekolah
Sekolah Rendah Agama At-Taqwa (SABK), Temerloh, Pahang
Air separa bumbung sekolah